‘Nak bahas saya atau Tabung Haji’ – Anwar persoal tindakan pembangkang

PEMBANGKANG seharusnya bersikap matang meneruskan perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) demi kepentingan umat Islam di Malaysia.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kekecewaan apabila pembangkang bertindak keluar dewan dari persidangan khas tersebut hanya disebabkan ketidak hadiran beliau di Dewan Rakyat atas faktor kesihatan.

Menurut beliau, perbincangan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan gelanggang untuk ‘drama politik’, khususnya apabila ia membabitkan kepentingan umat Islam yang selama ini meletakkan kepercayaan kepada Tabung Haji.

“Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?

“Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik? Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam,” katanya menerusi hantaran di media sodial miliknya, pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau turut mempersoalkan pendirian Perikatan Nasional (PN), khususnya Pas yang selama ini membawa perjuangan berkaitan kepentingan Melayu dan Islam terhadap nasib golongan yang bergantung kepada Tabung Haji untuk menyimpan wang bagi menunaikan ibadah haji.

“Apakah PN yang ditunjangi Pas tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?,” soalnya.

Terdahulu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan meneruskan Persidangan Khas Dewan Rakyat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), pada Isnin.

Keputusan tersebut dibuat susulan Ketua Whip Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendesak agar ditangguhkan persidangan kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir akibat menjalani pembedahan kesihatan.

Bagaimanapun, keputusan itu menjentik Ahli Parlimen pembangkang yang tidak boleh menerima keputusan tersebut sehingga bertidak  keluar dewan dan tidak mahu menyertai perbincangan sidang khas tersebut.

Pada Isnin, Perdana Menteri, selamat menjalani pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat masalah hernia perut atau para-umbilical hernia, hari ini.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata, prosedur berkenaan selesai dengan lancar dan Anwar kini menjalani proses pemulihan di bawah pengawasan pasukan pakar perubatan.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah