Polis Kelantan rampas kondom, ubat HIV lepas serbu ‘parti’ gay

KOTA BHARU – Perjumpaan ‘makan-makan’ kumpulan gay di sebuah banglo di Jalan Kemumin, dekat sini, yang disertai kira-kira 100 gay diserbu polis.

Serbuan dilakukan hasil risikan dan maklumat awam jam 1 pagi pada pertengahan Jun lalu itu turut membawa kepada rampasan ratusan kondom dan ubat HIV.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika serbuan hanya 20 lelaki ditahan, manakala yang lain dipercayai sudah pulang.

“Kita mendapat maklumat kumpulan gay itu menyewa sebuah banglo untuk acara ‘makan-makan’ dalam kalangan mereka dan hasil risikan kami, pertemuan itu dihadiri hampir 100 gay.

“Bagaimanapun ketika serbuan, sebahagian besar sudah pulang dan terdapat 20 lelaki ditahan. Kita turut merampas ubat HIV dan kondom.

“Kita percaya pertemuan itu diadakan untuk aktiviti hubungan terlarang berdasarkan penemuan kondom dan ubat HIV, namun aktiviti hubungan itu belum lagi dilakukan,” katanya seperti dilapor Berita Harian, selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Kelantan.

Beliau berkata, hasil soal siasat terhadap 20 lelaki yang ditahan, mereka mengaku sebagai penghidap HIV dan menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang berminat.

“Daripada 20 lelaki itu, tiga daripadanya kita tuduh di mahkamah memandangkan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.

“Kesemua mereka yang menyertai pertemuan itu adalah orang Kelantan dan masing-masing mempunyai pekerjaan.

“Majlis pertemuan itu juga dimuat naik di media sosial untuk menarik lebih ramai peserta,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, polis akan menjalankan risikan lanjut berhubung sejauh mana aktiviti itu berlaku di negeri ini.

“Kita tidak tahu sejauh mana serius kes ini di Kelantan memandangkan ini adalah kes yang pertama.

“Namun kita akan pertingkatkan risikan bagi mengekang aktiviti tidak bermoral itu,” katanya.

Related Posts

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

KUCHING – Universiti Utara Malaysia (UUM) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang komunikasi menerusi penyerahan surat hasrat sempena International Conference on Media and Communication 2026 (i-COME’26), di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya