Serangan udara Israel gegar selatan Syria

PESAWAT pejuang Israel melancarkan beberapa siri serangan udara di selatan Syria, khususnya di wilayah Suwayda dan Daraa.

Menurut Anadolu, beberapa serangan dilaporkan berlaku di wilayah Suwayda yang majoritinya didiami komuniti Druze, namun tiada maklumat lanjut mengenai jumlah korban atau kecederaan diberikan setakat ini.

Radio Tentera Israel turut melaporkan bahawa sebuah kereta kebal Syria telah diserang selepas ia didakwa memasuki bandar Suwayda.

Anadolu turut melaporkan bahawa pesawat pejuang Israel turut menyerang kawasan pinggir bandar Izra yang terletak di wilayah luar bandar Daraa.

Dalam satu kenyataan rasmi tentera Israel, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan telah mengarahkan serangan terhadap pasukan tentera Syria serta kenderaan ketenteraan di Suwayda.

“Pasukan tentera telah menyerang beberapa kenderaan perisai, termasuk kereta kebal, kenderaan perisai pengangkut (APC), dan sistem pelancar roket berganda (MLRS), selain memusnahkan jalan akses yang digunakan konvoi bagi mengganggu pergerakan mereka ke kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu pada pagi Selasa, Menteri Pertahanan Syria, Jeneral Murhaf Abu Qasra mengumumkan gencatan senjata sepenuhnya di wilayah Suwayda hasil rundingan dengan pemimpin komuniti tempatan.

Seiring dengan pengumuman tersebut, tentera Syria telah mula menarik keluar kelengkapan ketenteraan berat dari Suwayda sebagai persediaan untuk menyerahkan kawalan kawasan kejiranan di bandar itu kepada pasukan keselamatan dalaman.

Pada Isnin, Kementerian Dalam Negeri Syria memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 30 individu terbunuh manakala hampir 100 lagi cedera dalam pertempuran antara pejuang bersenjata suku Badwi dan kumpulan militan Druze di wilayah itu.

Related Posts

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial Facebook di seluruh dunia, termasuk Malaysia dilaporkan mengalami kesukaran untuk mengakses akaun serta menggunakan fungsi utama platform berkenaan. Gangguan yang bermula kira-kira 3 petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rubio lawat Filipina minggu depan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) diwakili Setiausaha Negara, Marco Rubio, akan melawat Filipina minggu depan bagi menghadiri mesyuarat ASEAN bersama rakan sejawatannya dari Asia Tenggara. Lawatan itu berlangsung ketika konflik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

‘Pujuk macam mana pun, PDM BN DUN Klawang tetap ditutup’

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Kerajaan sedia tambah STR, SARA jika ekonomi terus kukuh – PM

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Sabah sertai Deklarasi Data Aset Jalan, rekod lebih 20,000 kilometer jalan negeri

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR perkasa pendigitalan sektor pembinaan menerusi Program Kolaborasi Strategik 2026

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia

KKR, Sabah dan Sarawak meterai MoU tubuh Makmal MyBIM Malaysia