Pasangan kekasih ‘tokan ganja’ direman tujuh hari bantu siasatan

GEORGE TOWN – Sepasang kekasih direman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan susulan penemuan sejumlah dadah jenis ganja di sebuah rumah di Tanjong Tokong di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, terdahulu, pasangan kekasih terbabit yang terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan dan wanita warga Thailand ditahan dalam satu operasi berkaitan dadah di Pulau Tikus kira-kira pukul 9.30 malam, Khamis lalu.

Katanya, susulan penahanan suspek yang masing-masing berusia 25 dan 20 tahun itu, polis kemudian bertindak menyerbu dan memeriksa rumah mereka di Tanjong Tokong.

“Dalam serbuan berkenaan, polis menjumpai 15 ketulan mampat daun-daun kering yang dibaluti plastik lutsinar disyaki ganja seberat 8.2 kilogram (kg) bernilai RM25,420.

“Risikan mendapati, sindiket ini telah bergiat aktif sejak awal tahun ini bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan (Pulau Pinang).

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini pula dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 16,400 orang atau sebanyak 16,400 kali penggunaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Rozak berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati, suspek lelaki positif dadah jenis benzo manakala suspek wanita pula negatif daripada sebarang penggunaan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup selain dikenakan tidak kurang daripada 12 kali sebatan,” katanya yang memberitahu, semakan juga mendapati, suspek lelaki itu mempunyai empat rekod jenayah lampau sebelum ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan ketika ini bagi mengenal pasti jika terdapat pembabitan individu lain dalam sindiket berkenaan.

Related Posts

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

TEMERLOH – Kutipan hasil negeri Pahang bagi tahun ini melepasi RM1 bilion, sekali gus merekodkan pencapaian itu untuk lima tahun berturut-turut. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Premier Sarawak rakam penghargaan kerajaan MADANI setuju kongsi kuasa bidang pelancongan

KUCHING – Kerajaan MADANI terus mempamerkan komitmen kukuh dalam menyelesaikan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila bersetuju untuk menentukan satu formula khusus bagi perkongsian hasil antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT