Breeze kembali cari bakat baharu Sabah menerusi Program Pencarian Model 2025/2026

KOTA KINABALU – Siapa bakal wajah baharu industri fesyen Sabah?

Itulah yang cuba dicari oleh Breeze menerusi pelancaran Program Pencarian Model Breeze (BMS) 2025/2026 yang berlangsung di Hotel Hilton, di sini pada Ahad.

Program tahunan ini dianjurkan bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat baharu dalam dunia fesyen dan hiburan, khususnya dalam kalangan anak muda Sabah, sekali gus membuka peluang kepada mereka menonjolkan bakat serta personaliti tersendiri.

BMS kali ini bakal menampilkan 24 peserta terpilih terdiri 12 lelaki dan 12 wanita, yang dipilih menerusi pencarian fizikal dan juga platform media sosial rasmi Breeze.

Menurut kenyataan media penganjur, kesemua peserta yang terpilih akan dipaparkan dalam pelbagai segmen editorial dan fesyen eksklusif sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Acara kemuncak program dijadualkan berlangsung pada Januari 2026, yang akan menyaksikan Top 5 peserta bagi setiap kategori dipertandingkan bagi merebut gelaran juara.

Selain itu, beberapa anugerah sampingan turut dipertandingkan termasuk Miss/Mr Unique, Intelligence, Make Up Terbaik, Pereka Fesyen Breeza, Miss Body Beautiful dan Mr Physic sekali gus membuka ruang kepada peserta menyerlahkan keunikan masing-masing.

Juara lelaki dan wanita yang dinobatkan kelak akan menghiasi muka hadapan Majalah Breeze edisi 2026, sekali gus menandakan permulaan penting dalam kerjaya mereka.

BMS bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah platform memperkasa kreativiti, kecantikan dan identiti budaya Sabah, selain memberi akses kepada peluang kerjaya dalam dunia fesyen serta pelbagai barangan eksklusif tajaan rakan strategik.

Pihak penganjur turut mengajak orang ramai untuk terus mengikuti laman media sosial rasmi Breeze bagi mengikuti perkembangan terkini perjalanan peserta dan kempen edisi kali ini.

Related Posts

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

KOTA KINABALU- Pembangunan infrastruktur pengangkutan di Sabah masih menjadi antara keutamaan Kerajaan MADANI, khususnya dalam usaha merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung. Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

SPRM sahkan sudah buka kertas siasatan UiTM Holdings

SPRM sahkan sudah buka kertas siasatan UiTM Holdings

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran

Pahang perkukuh industri perikanan, hiliran