JAIS, JAKIM siasat program eHATI diisyaki menyeleweng

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memulakan siasatan terhadap pasangan suami isteri yang didakwa terbabit dalam penganjuran program motivasi rumah tangga dikenali sebagai eHATI, yang dikaitkan dengan perbuatan mencolok mata serta unsur kesyirikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata, pihak JAIS telah menerima laporan rasmi berhubung program berkenaan dan tindakan susulan akan dimuktamadkan selepas siasatan selesai dijalankan.

“Saya sedar akan kebimbangan masyarakat terhadap pendekatan yang digunakan dalam program ini yang menimbulkan kegusaran awam. Justeru, saya telah meminta Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, untuk mengadakan kerjasama rasmi dengan JAIS bagi menangani isu ini.

“JAIS juga telah memulakan siasatan dan akan memanggil pasangan terbabit untuk memberi keterangan kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS,” katanya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa program motivasi yang disasarkan kepada wanita bekerja dan mereka yang mengalami krisis rumah tangga, dikendalikan oleh sepasang suami isteri, didakwa menyebarkan ajaran sesat berselindung di sebalik tema kekeluargaan dan kebahagiaan rumah tangga.

Pendedahan oleh bekas peserta menerusi media sosial mendakwa bahawa ajaran yang dibawa pasangan itu mengandungi elemen batin sesat dan merujuk kepada buku berunsur ajaran Hindu, malah turut menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium penyampaian.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa laporan berkaitan program ini telah dikemukakan sejak tahun lalu, Mohd Na’im menyatakan bahawa perkara tersebut belum dapat disahkan.

“Saya dimaklumkan ada aduan diterima sejak tahun lalu, namun saya tidak boleh mengesahkan perkara itu pada ketika ini. Kita akan tunggu pengesahan daripada Dr Sirajuddin.

“Secara peribadi, saya hanya menerima maklumat mengenai kumpulan eHATI ini kelmarin dan sebelum itu, saya tidak mengetahui kewujudan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar menyalurkan aduan rasmi kepada pihak berkuasa agama negeri sekiranya terdapat sebarang program yang mencurigakan atau mengandungi unsur penyelewengan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati pasangan yang berdepan dengan kemelut rumah tangga agar mendapatkan bantuan dan panduan daripada pihak yang berautoriti sebelum menyertai sebarang program atau bengkel motivasi.

“Saya faham pasangan suami isteri yang menghadapi masalah pasti mahu mencari penyelesaian. Namun, dalam usaha mencari ketenangan itu, mungkin mereka bertemu dengan pihak yang tidak bertauliah dan menyandarkan harapan kepada kumpulan yang tidak diiktiraf.

“Tiada halangan untuk mencari pendekatan baharu, tetapi saya menasihatkan agar mana-mana program yang ingin disertai itu disemak dahulu latar belakangnya melalui pihak berautoriti,” jelas beliau.

Mohd Na’im memberi jaminan bahawa JAKIM akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fahaman menyeleweng agar tidak terus mengelirukan masyarakat.

Related Posts

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

KITA telah berbicara tentang pembinaan negara bangsa dan hati nurani sebuah tamadun. Tentang bagaimana sesebuah negara tidak mampu berdiri hanya melalui kekuatan institusi atau pembangunan material semata-mata, tetapi memerlukan kesedaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia