Mustapha cadang Borneo jadi lokasi Sidang Kemuncak Pustakawan ASEAN 2027

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts Mustapha Sakmud mencadangkan agar Borneo dipilih sebagai lokasi penganjuran Sidang Kemuncak Pustakawan Asia Tenggara pada tahun 2027.

Beliau berkata, memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah semula pada tahun tersebut, Borneo wajar dipertimbangkan sebagai lokasi penganjuran.

“Tahun lepas berlangsung di Indonesia, tahun ini di Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sidang Kemuncak Penyelidikan Pendidikan Tinggi Elsevier-Borneo 2025 di sini, pada Sabtu.

Sidang kemuncak anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Elsevier itu bertemakan ‘Innovating through Ideas: Bridging Research and Impact’.

Persidangan berkenaan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekosistem penyelidikan dan peranan akademik dalam pelancongan lestari serta pemeliharaan budaya, di samping menjadi platform dialog antara akademia, industri dan pembuat dasar.

Tambah Mustapha, kerjasama strategik seperti itu mampu meningkatkan kapasiti penyelidikan dan kecemerlangan akademik negara.

Jelasnya, penggunaan data yang berkesan dalam membuat keputusan serta penyelidikan berimpak tinggi adalah kunci untuk Malaysia terus unggul dalam bidang inovasi dan akademik.

“Usaha ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, ahli akademik dan industri,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, UMS menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan yang menyatukan ilmu tempatan dengan kebijaksanaan global.

“Selari dengan aspirasi kami sebagai ‘Brain of Borneo’, UMS terus berusaha menghasilkan penyelidikan yang berimpak sosial dan ekonomi kepada masyarakat setempat dengan berpaksikan kearifan lokal,” katanya.

Pengarah Serantau Elsevier Asia Tenggara, Omar Malik pula menyifatkan penyelidikan masa kini perlu menghasilkan impak yang nyata.

“Saya menekankan peranan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitik data dalam menangani isu biodiversiti, perubahan iklim dan pertumbuhan mampan.

“Kami percaya sidang kemuncak ini akan memperkukuh ekosistem penyelidikan di Borneo dan membentuk kerjasama jangka panjang yang memberi kesan positif kepada masyarakat,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok