Had umur belia 15-30 tahun tidak lagi relevan di Sabah – MBS

KOTA KINABALU – Majlis Belia Sabah (MBS) berpendirian bahawa had umur belia antara 15 hingga 30 tahun yang diguna pakai ketika ini tidak lagi relevan dengan realiti semasa pembangunan belia di negeri ini, khususnya di kawasan luar bandar.

Presidennya, Abqaree Fawwaz Abekan berkata, had umur semasa tidak lagi relevan memandangkan ramai anak muda di Sabah hanya mencapai kematangan sosial dan ekonomi selepas usia 30 tahun, terutamanya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, Sabah mempunyai ciri sosioekonomi yang berbeza daripada negeri lain termasuk jurang akses pendidikan, kelewatan memasuki pasaran kerja serta cabaran dari segi geografi dan infrastruktur yang melambatkan proses pemerkasaan belia.

“Ramai belia luar bandar masih berdepan cabaran menyempurnakan pendidikan asas atau tertiari disebabkan logistik, kekurangan fasiliti dan akses yang terhad.

“Keadaan ini menjejaskan keupayaan mereka untuk bersaing dalam pasaran kerja dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Abqaree, pengekalan had maksimum umur belia pada 30 tahun akan secara langsung mengecualikan sebahagian besar anak muda Sabah yang masih memerlukan sokongan dasar dan penyertaan dalam program pembangunan belia.

“Dengan menyemak semula had umur kepada 40 tahun, lebih ramai golongan belia akan dapat dilibatkan secara langsung dalam perancangan, pelaksanaan dan manfaat program pembangunan insan dan komuniti,” katanya.

Jelas beliau, cadangan itu juga selari dengan prinsip keterangkuman, pembangunan modal insan dan pemerkasaan komuniti luar bandar seperti yang digariskan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“MBS percaya bahawa perluasan definisi belia akan membuka ruang lebih luas kepada anak muda Sabah untuk terlibat secara menyeluruh dan berkesan dalam pelbagai inisiatif pembangunan negeri,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok