Kilang aiskrim terbakar, lebih 90 anggota bomba kawal situasi dalam masa empat jam

IPOH – Sebuah kilang aiskrim di Jalan Kilang 2, Kawasan Perindustrian Jelapang di sini musnah hampir 80 peratus dalam satu kebakaran besar yang berlaku tengah malam Rabu.

Lebih 90 pegawai dan anggota bomba mengambil masa lebih empat jam bagi mengawal dan memadamkan kebakaran membabitkan premis seluas 1,486 meter persegi itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12 tengah malam.

“Sebanyak lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Meru Raya, Pasir Puteh serta beberapa BBP lain dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, operasi pemadaman dibahagikan kepada tiga sektor. Pasukan dari BBP Ipoh dan Meru Raya dikerahkan ke bahagian belakang, manakala bahagian hadapan dikawal anggota BBP Pasir Puteh,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, operasi turut disokong oleh 46 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Pekan Baru, Pasir Pinji, Menglembu dan Bercham yang menjalankan pemadaman di bahagian sisi kilang.

Sabarodzi berkata, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut digerakkan selepas dimaklumkan terdapat dua tangki ammonia dalam kawasan kilang.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran sisa gas ammonia dari peralatan penyejukbekuan. Bagaimanapun, keadaan terkawal selepas injap utama tangki simpanan berkapasiti 800 liter berjaya ditutup.

“Pemantauan kadar pencemaran bahan berbahaya masih dijalankan secara berkala,” katanya.

Tambahnya, kebakaran telah memusnahkan sebahagian besar struktur kilang termasuk stor penyimpanan aiskrim serta peralatan pembuatan dan pembungkusan.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan pasukan kini menjalankan kerja-kerja pemunggaran untuk menghapuskan sisa bara di bawah runtuhan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta jumlah kerugian,” katanya lagi.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur