Harga nadir bumi dijangka terus melonjak

MUNICH – Harga logam nadir bumi melonjak pada Mei lalu selepas China mengenakan sekatan eksport lebih ketat, menurut indeks komoditi bulanan diterbitkan Persatuan Industri Bavaria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Secara keseluruhan, harga logam nadir bumi – logam penting untuk pembuatan teknologi tinggi dalam industri elektronik, automotif dan pertahanan – meningkat sebanyak lapan peratus dalam nilai dolar.

Beberapa ‘unsur’ mencatatkan peningkatan lebih ketara, terbium meningkat hampir 19 peratus, gadolinium sebanyak 17 peratus dan samarium lebih 15 peratus, menurut indeks itu.

Lonjakan harga ini berlaku susulan pengumuman China pada April lalu mengenai kawalan eksport baharu terhadap beberapa unsur nadir bumi sebagai tindak balas kepada tarif yang dirancang Amerika Syarikat (AS), seperti diumumkan Presiden AS, Donald Trump.

China memproses kira-kira 90 peratus daripada logam nadir bumi industri dunia, menurut pelbagai anggaran.

Harga logam ini pernah mencecah paras tertinggi pada awal 2022 semasa pandemik COVID-19, apabila rantaian bekalan global mengalami gangguan besar

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

PUTRAJAYA – Bekalan bahan api Malaysia dijamin mencukupi sehingga akhir tahun ini meskipun paras bekalan global berada pada tahap rendah, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. Nurhisham yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit