Motosikal terbabas, lelaki cedera tersepit besi penghadang

MIRI – Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang ditungganginya terbabas lalu tersepit pada besi penghadang jalan dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Insiden dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.49 pagi di laluan BMC menghala ke Ibu Pejabat Polis Trafik Miri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dengan kekuatan tujuh anggota diketuai PBK I Abdul Rahman Hj Rosliee dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 2.52 pagi, didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha. Penunggangnya didapati tersepit dengan kaki tersangkut di antara besi penghadang dan motosikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, pasukan Bomba bertindak menggunakan peralatan khas penyelamat (rescue tool) bagi mengeluarkan kaki mangsa sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.15 pagi selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal.

Katanya lagi, dua buah jentera iaitu FRT dan EMRS digunakan dalam operasi tersebut.

Related Posts

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

KOTA KINABALU – Sabah yang mempunyai hampir empat juta penduduk ketika ini masih berdepan kekurangan kritikal pakar perkembangan pediatrik tetap bagi membantu proses diagnosis dan intervensi kanak-kanak autisme di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

LAHAD DATU – Dalam usaha membina masyarakat yang inklusif dan saling memahami, peranan seorang warga pendidik atau guru khususnya yang mahir dalam bahasa isyarat semakin signifikan sebagai penghubung antara komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

  • By Ynom
  • May 27, 2026
Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan