DAP Tawau rai 58 pelajar cemerlang SPM 2024

TAWAU – Seramai 58 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diraikan menerusi Program Hadiah Keputusan Cemerlang Sri Tanjong anjuran DAP Tawau.

DAP Tawau menerusi perkongsian di Facebook berkata, hadiah wang tunai itu bagi menghargai pencapaian pelajar selain menyuntik semangat kepada mereka untuk terus cemerlang dalam pendidikan.

“Ini penting bagi murid-murid lepasan SPM kerana mereka adalah masa depan dan tunjang kepada negara khususnya daerah Tawau.

“Kami berharap mereka ini terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi di institusi menara gading dan kembali menyumbang kepada masyarakat dan negara,” menurut perkongsian DAP, pada Isnin.

Penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan lalu berkenaan disampaikan Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Yap Wui Lip dan Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Thien Ee Hang.

DAP Tawau juga berharap untuk menjadikan program ini sebagai aktiviti tahunan bagi memberikan galakkan kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan di masa hadapan.

Related Posts

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

SHAH ALAM – Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) berjaya melaksanakan Program Pra Saringan Murid Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan kesemua 13 prasekolah di bawah pentadbiran JAIS di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan