AS umum tarif import 25 peratus untuk Malaysia

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan tarif import sebanyak 25 peratus akan dikenakan terhadap Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Trump berkata langkah itu perlu diambil untuk ‘melindungi industri tempatan Amerika Syarikat’ daripada apa yang disifatkan sebagai amalan perdagangan tidak adil oleh beberapa negara.

“Kita tidak boleh lagi membiarkan negara lain mengambil kesempatan terhadap kita. Mulai 1 Ogos, semua import dari Malaysia akan dikenakan tarif sebanyak 25 peratus,” katanya dalam satu surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikongsi dalam laman Truth Social, milik Trump Media & Technology Group.

Antara negara yang dikenakan tarif 25 peratus ialah Jepun, Korea Selatan, Tunisia, Kazakhstan manakala kadar lebih tinggi akan dikenakan terhadap negara Afrika Selatan dan Bosnia & Herzegovina (30 peratus); Serbia dan Bangladesh (35 peratus); Kemboja dan Thailand (36 peratus) serta sehingga 40 peratus untuk Laos dan Myanmar.

Pada 2 April lalu, Trump mengumumkan ‘tarif hari pembebasan’ yang menyaksikan kadar asal 24 peratus ke atas import dari Jepun dan 25 peratus terhadap Korea Selatan. Malaysia antara negara yang turut terkesan.

Bagaimanapun tarif timbal balas itu ditangguh pentadbiran Trump selama 90 hari bagi mengadakan rundingan bersama semua negara dagang.

Tempoh penangguhan itu dijadualkan tamat Rabu ini, namun Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt memaklumkan Trump akan menandatangani perintah eksekutif bagi melanjutkan tempoh berkenaan hingga 1 Ogos.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Hajiji tekan perkembangan positif ESS Zone disalur kepada kedutaan asing

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Jenayah di Selangor terus menurun – Ketua Polis Selangor

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Pokok tumbang: Cari jalan penyelesaian, bukan masa untuk menyalahkan mana-mana pihak

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Sarawak bersedia terajui perdagangan karbon ikut acuan sendiri

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu

Penduduk kampung bimbang dakwaan penyebaran bahan disyaki dadah baharu