UMNO perlu guna pendekatan luar biasa dalam PRU16

KEPALA BATAS – UMNO perlu menggunakan pendekatan baharu dalam usaha merampas semula kerusi tewas termasuk Parlimen Kepala Batas di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keadaan politik semasa yang dinamik – terutama Undi 18 – memerlukan UMNO melakukan perubahan pendekatan dan tidak boleh lagi terperangkap dengan pemikiran biasa.

“Kita kaji apa yang harus kita buat sebelum menghadapi pilihan raya, sebagai contoh kita (di Pahang) telah mula mendekati anak muda dengan lebih agresif dan siswa-siswi serta anak-anak Pahang yang berada di luar Pahang, kita dah buat libat urus.

“Kalau kita menggunakan pendekatan yang sama, kita akan mendapat keputusan yang sama, jadi daripada segi prestasi, kita kekalkan tetapi tambah lagi pendekatan lain yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menyokong kerajaan yang ada,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, lapor Sinar Harian.

Wan Rosdy juga meminta UMNO Kepala Batas tampil dengan perancangan dan strategi bagi merampas kembali kerusi Parlimen itu yang pernah disandang bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 1978 hingga 2013.

Untuk rekod, pada PRU15, Reezal Merican yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas apabila kalah kepada calon Perikatan Nasional, Dr Siti Mastura Muhammad dengan majoriti undi 2,867.

Mengulas mengenai kenyataan PN yang mendakwa sudah merangka strategi untuk menawan Pahang pada PRU akan datang, Wan Rosdy berkata pembangkang hanya memainkan sentimen dan persepsi untuk menunjukkan kebolehan mereka di mata rakyat.

“Mereka tidak tahu pun keadaan kita di Pahang… kita sekarang ini kerja kuat untuk merampas kembali kerusi-kerusi dimenangi PN,” katanya.

Related Posts

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR –  Wanita UMNO mahu semangat yang dicetuskan dalam Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2026 diterjemahkan kepada gerak kerja di lapangan, dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi medan seterusnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula