Program Hasrat MADANI anjuran JKOM semai perpaduan dalam kepelbagaian

SARATOK – Program Hasrat MADANI yang dianjurkan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) diyakini mampu memupuk dan meningkatkan semangat toleransi, perpaduan, serta mengekalkan keharmonian dalam kalangan rakyat di Sarawak.

Teras dan elemen ungkapan Malaysia MADANI yang berpaksikan nilai hormat, kasih sayang dan keterangkuman terserlah menerusi penganjuran program seperti ini terutamanya melibatkan komuniti setempat selain mengukuhkan hubungan silaturrahim antara agensi kerajaan dan masyarakat.

Bagi Daniel Tang Chunho, program seperti ini sangat baik dianjurkan bersama komuniti memandangkan Sarawak adalah negeri yang memiliki kepelbagaian dari segi etnik, kaum, dan agama.

“Banyak agama boleh bercampur (bertoleransi). Walaupun lain-lain budaya, namun kita di Sarawak dapat hidup dalam keadaan harmoni”, katanya.

“Jadi, pada saya, penganjuran program seperti ini adalah perlu kerana mampu meningkatkan rasa toleransi serta menghormati antara satu sama lain. Jika ada rasa hormat yang tinggi, kita akan dapat elak pergaduhan atau salah faham.

“Saya berharap agar pihak kerajaan atau agensi berkaitan boleh meneruskan penganjuran program seperti ini bukan Sahaja di Sarawak, malah di seluruh negara”, ujarnya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) hari ini.

Bagi Rohana Sepawi pula, dia teruja menyertai program Hasrat MADANI ini kerana pelbagai aktiviti telah diadakan dalam mengeratkan hubungan antara masyarakat khususnya di Saratok.

“Saya amat teruja menyertai program seperti ini. Dalam pada bergembira melakukan pelbagai aktiviti, kita secara tidak langsung dapat beramah mesra dengan rakan-rakan di kampung halaman serta agensi kerajaan.

“Selain itu, saya amat menyokong agenda kerajaan seperti Malaysia MADANI yang sangat menekankan berkaitan ihsan, hormat-menghormati, dan kemajuan terhadap negara kita. Terima kasih kepada para pemimpin yang telah bertungkus-lumus dalam memajukan negara, selain pelbagai bantuan yang telah diberikan,” katanya.

Normi Asenan yang mewakili Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Saratok berkata, penyertaan pihaknya dalam program ini adalah satu penghormatan buat PPWS daerah Saratok.

“Saya sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada pihak JKOM kerana sudi menganjurkan sebuah program yang cukup bermakna di daerah ini dalam merealisasikan tujuan dan hasrat MADANI mereka.

“Dengan adanya program seperti ini, ahli-ahli PPWS dan orang ramai boleh bersama-sama dalam sebuah program yang begitu menekankan semangat perpaduan. Aktiviti yang dirancang juga diharap mampu mengukuhkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Untuk rekod, program Hasrat MADANI hari ini dianjurkan oleh JKOM Zon Sarawak di Parlimen Saratok dengan harapan untuk meningkatkan lagi semangat perpaduan dalam kepelbagaian selain mempromosikan agenda Malaysia MADANI di lapangan.

Program Hasrat MADANI anjuran JKOM Sarawak bakal diteruskan lagi di beberapa parlimen di Sarawak selepas kejayaan penganjurannya di Parlimen Petrajaya, Sibu, dan Saratok. Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka, petandingan mewarna, cabutan bertuah, busking, dan sebagainya.

Program ini juga telah diperluaskan di seluruh negara termasuklah di Zon Sabah, Zon Utara, Selatan, Timur, dan Zon Tengah.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula