UMNO kekal bersama PH untuk PRU16

LUMUT – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan yang parti itu tidak akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, parti itu akan terus bersama BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi pilihan raya umum berkenaan.

UMNO akan kekal menggunakan lambang dacing pada PRU16, tanpa mengenepikan rakan-rakan komponen lain – termasuk MIC, MCA – dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Hakikatnya, UMNO tidak pernah bertanding secara bersendirian sejak ditubuhkan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut 2025, hari ini.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hadir pada majlis itu.

Ahmad Zahid menafikan kekalahan UMNO dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini berpunca daripada kerjasama parti itu dengan PH.

Katanya, desakan supaya UMNO bertanding solo dalam PRU16 bukan perkara baharu dan pernah disuarakan beberapa Bahagian parti itu.

“Ia turut disuarakan semalam ketika saya berada di Johor, sama seperti dilaungkan di Kedah.

“Terdapat resolusi daripada beberapa Bahagian yang seolah-olah menyalahkan kehadiran rakan-rakan gabungan dalam BN dan PH sebagai punca kekalahan kita,” ujarnya.

Related Posts

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

SERDANG – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari diberi amanah untuk meneliti kemungkinan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tongkat Hadi laku RM16,500, masyarakat bimbang ketaksuban ahli Pas memuncak

PENJUALAN tongkat kayu kemuning milik Tan Sri Abdul Hadi Awang pada harga RM16,500 malam tadi mencetuskan kegusaran rakyat terhadap gejala taksub melampau kepada pemimpin Pas. Rata-rata risau budaya kultus pemimpin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut