Bot nelayan kelas B ditahan guna peralatan tidak sah di perairan Pulau Bruit

TANJUNG MANIS – Sebuah bot nelayan kelas B bersama tiga kru ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki melanggar syarat lesen dengan menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan di perairan Pulau Bruit pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Mahkos Juing berkata, penahanan dilakukan ketika rondaan rutin bot ronda agensi itu di kawasan terbabit sekitar tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong dan dua awak-awak warga tempatan, dan menggunakan peralatan yang tidak dilesenkan bagi tujuan menangkap ikan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen yang ditetapkan.

“Bot bersama kru telah diiring masuk ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Manis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut,” jelas beliau.

Related Posts

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

KANOWIT – Pesta Kanowit 2026 membuka peluang ekonomi kepada penduduk dan peniaga tempatan menerusi kehadiran pengunjung serta peserta dari dalam dan luar daerah, selain menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

TAWAU – Perkembangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan perubahan yang begitu ketara termasuk pemerkasaan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera