Sokongan terhadap PMX dan PKR masih kukuh – Mustapha

KOTA KINABALU –  Penerimaan dan sokongan dalam kalangang ahli PKR terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti itu masih sangat kuat.

Demikian dinyatakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud mengulas dakwaan kononnya sokongan terhadap PKR semakin merosot apabil ramai ahli parti di Semenanjung mengambil keputusan keluar parti sebaik pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Sokongan terhadap Perdana Menteri termasuk di Sabah, tidak berbelah bahagi dan kekal utuh ditambah dengan kegiatan aktif Perdana Menteri menjelajah seluruh negeri.

“Malah, rating sokongan pada Perdana Menteri di negeri ini juga kekal tinggi,” katanya kepada media selepas penyerahan Surat Tawaran IPT kepada bakal mahasiswa Sabah di Kampung Warisan, Inanam, di sini, pada Sabtu.

Mustapha bagaimanapun mengakui ketidakpuasan hati segelintir pihak semasa proses pemilihan sebelum ini, namun menegaskan perkara itu tidak mencerminkan keadaan sebenar dalam parti.

“Memang ada suara-suara tidak puas hati, tapi itu bukan gambaran keseluruhan dan rata-rata ahli kini kembali fokus kepada kekuatan dan hala tuju parti bukan soal individu,” ujarnya.

Menurut Mustapha, tumpuan utama kini adalah memastikan PKR terus kukuh dan relevan dalam menghadapi cabaran politik semasa terutama dalam memastikan kesinambungan agenda reformasi yang dibawa Perdana Menteri.

“Berkenaan PRN, PH Sabah kini dalam proses memperhalusi dan mengetengahkan manifesto utama bagi memfokuskan suara rakyat Sabah khususnya ‘Malaysia Agreement 1963’ (MA63),” katanya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik