Tasoh Lake Resort kini terbiar, sunyi sepi

PADANG BESAR – Dalam kerancakan promosi Tahun Melawat Perlis 2024–2025 yang sedang giat dijalankan, Tasoh Lake Resort yang merupakan salah satu lokasi pelancongan terkenal di negeri ini kini terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan.

Keadaan terkini resort itu yang dipenuhi semak samun, daun kering serta rumput liar mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat dan pengusaha pelancongan yang khuatir terhadap imej Perlis sebagai destinasi pelancongan utama.

Kawasan rekreasi yang terletak di tepi Empangan Timah Tasoh itu juga tidak lagi mempunyai pengawal, manakala beberapa struktur seperti arca dinosaur serta kereta api elektrik dibiarkan rosak begitu sahaja tanpa penyelenggaraan.

Resort tersebut sebelum ini merupakan lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri serta menjadi pusat aktiviti sukan air terkenal di Perlis kerana menawarkan pemandangan indah Tasik Timah Tasoh dan keunikan lampu neon yang memukau pengunjung.

Bagaimanapun, sejak beberapa bulan lalu, resort itu tidak lagi beroperasi, sekali gus mencemarkan wajah pelancongan Perlis ketika negeri ini sedang mempromosikan kempen Tahun Melawat Perlis 2025 yang dilanjutkan sehingga 2026.

Seorang penduduk sekitar yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Ali, 30-an, berkata, resort berkenaan adalah milik persendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan Kerajaan Negeri.

“Macam-macam orang cakap di media sosial, tapi saya sendiri tak tahu sebab sebenar resort ini ditutup sejak Mac lalu,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press hari ini.

Menurut Mohd. Ali, kekeliruan turut timbul dalam kalangan pengunjung apabila mereka menyangka seluruh kawasan rekreasi di sekitar Timah Tasoh telah dihentikan operasinya.

“Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas apabila banyak tanggapan salah berlegar di media sosial.

“Operasi pelancongan lain di kawasan ini masih berjalan seperti biasa, tapi orang luar salah faham dan anggap keseluruhan Timah Tasoh ditutup. Sepatutnya pihak pelancongan negeri tampil perbetulkan keadaan, bukan diam sahaja,” ujarnya.

Difahamkan, Tasoh Lake Resort sebelum ini menjadi antara destinasi wajib dikunjungi pelancong ke Perlis, khususnya ketika cuti sekolah dan hujung minggu. Justeru, pihak berkuasa tempatan serta agensi pelancongan negeri digesa segera memantau keadaan itu agar tidak terus menjejaskan reputasi Perlis di mata pelawat luar.

Kredit foto: Luqman Hakim

Related Posts

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

KUCHING – Seramai 60 individu daripada golongan memerlukan menerima sumbangan wang tunai dan hamper makanan bernilai keseluruhan RM350 setiap seorang menerusi Majlis Sejambak Kasih Deepavali 2026, pada Isnin. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak