RUU Pekerja Gig mampu jadi ‘role model’ peringkat serantau, pastikan tiada pihak ambil kesempatan

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang akan dibentangkan di Parlimen pada Ogos atau September depan bukan sekadar isyarat politik, namun sektor ekonomi gig negara akhirnya diberi perhatian sewajarnya menerusi dasar dan perundangan.

Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, pihaknya menyambut baik usaha kerajaan dalam menggubal undang-undang yang memberi pengiktirafan serta perlindungan kepada komuniti pekerja gig di negara ini.

Menurut beliau, jika dilaksanakan secara inklusif dan telus, RUU terbabit bukan sahaja akan melindungi pekerja gig, malah menjadi model dasar buruh digital yang progresif di peringkat serantau.

“Kami berharap RUU ini bukan sahaja diluluskan, tetapi dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten, dengan elemen-elemen seperti pelan pelaksanaan yang jelas dan berperingkat, dengan peranan agensi pelaksana ditetapkan secara rasmi.

“Penubuhan Majlis Pemantau Pelaksanaan juga perlu dilaksana, dengan penglibatan wakil pekerja gig, pakar bebas dan badan awam serta komitmen penguatkuasaan yang tidak berkompromi, agar undang-undang itu tidak hanya menjadi dokumen simbolik,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jose berpandangan, undang-undang terbabit haruslah mempunyai takrifan tepat dan jelas bahawa pekerja gig tidak boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak di samping memiliki hak untuk berpersatuan serta berunding secara kolektif.

Katanya, wujudkan juga perlindungan sosial automatik dan mampan, seperti caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan insurans pekerjaan.

“Penetapan kadar upah minimum dan struktur bayaran yang adil dan telus, mekanisme penyelesaian pertikaian bebas serta berkesan di samping ketelusan algoritma dan data digital milik pekerja.

“Walaupun tidak semua cadangan kami diterima sepenuhnya dalam draf semasa, GEM tetap optimis dan menyokong penuh usaha ini, kerana kami percaya sesuatu yang besar mesti bermula, walaupun tidak sempurna,” katanya.

Sementara itu, Jose berharap agar semua pihak menjadikan reformasi terbabit sebagai milik bersama, bukan demi kepentingan individu atau platform tertentu, tetapi untuk masa depan adil buat semua.

“GEM menyokong penuh RUU ini. Kami akan terus berdiri teguh bersama komuniti gig Malaysia. Kita berharap pembentangan itu berjalan lancar, tidak ditangguh lagi.

“Ia perlu menjadi asas kepada reformasi yang lebih besar terhadap struktur pekerjaan masa depan,” katanya.

Pada Selasa, RUU Pekerja Gig dijangka dibentangkan dalam sidang Parlimen pada Ogos ini, sekali gus menjadi penanda aras baharu dalam perlindungan sosial kepada lebih 1.12 juta pekerja dalam sektor ekonomi gig negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, RUU itu merangkumi pekerja gig berasaskan platform dan bukan platform serta bakal menjadi penanda aras global dalam aspek perlindungan pekerja dalam ekonomi digital.

Katanya, langkah terbabit amat penting untuk memastikan keadilan sosial dengan menyeimbangkan kebajikan pekerja gig dan keperluan fleksibiliti operasi penyedia platform digital.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semakan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh