Malaysia–Itali perkukuh kerjasama dagang menerusi sesi meja bulat ekonomi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, pada Rabu, mempengerusikan sesi Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia–Itali yang berlangsung di ibu negara Itali.

Sesi tersebut melibatkan penyertaan lebih 100 syarikat dari kedua-dua negara, meliputi pelbagai sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan, perdagangan serta agensi dan pertubuhan industri yang berkaitan.

Anwar dalam satu hantaran di platform X berkata, sesi meja bulat itu mencerminkan iltizam bersama antara Malaysia dan Itali dalam memperkukuh hubungan perdagangan serta memperluas peluang pelaburan strategik dua hala.

Beliau menegaskan bahawa Malaysia kekal komited terhadap prinsip perdagangan bebas dan terbuka sebagai asas kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya tahan.

“Dalam landskap global yang semakin mencabar, kestabilan dan keamanan antarabangsa menjadi asas penting kepada kemakmuran ekonomi serta peluang sinergi rentas sempadan yang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti perniagaan,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, sesi tersebut turut memperkukuh keyakinan para pemain industri Itali terhadap dasar keterbukaan Malaysia, kecekapan tadbir urus serta daya saing ekonominya.

Tambah beliau, penyertaan aktif syarikat-syarikat terkemuka dari kedua-dua negara menyerlahkan potensi besar untuk memperluas kerjasama dua hala yang berimpak tinggi, berpaksikan nilai tambah, inovasi serta kepentingan bersama.

“Ia membuka prospek yang luas dalam sektor strategik seperti tenaga boleh baharu, teknologi pemerangkapan dan penyimpanan karbon, pertahanan, ekonomi digital, aeroangkasa serta industri berteknologi tinggi, yang merupakan tonggak utama kepada agenda reformasi ekonomi negara,” ujarnya.

Related Posts

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk memastikan negara tidak dijadikan laluan perdagangan yang boleh menyumbang kepada kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan siasatan terhadap dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) secara tuntas tanpa sebarang kompromi, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik