Lebih 1,000 sertai Run For Hope bantu bina semula Gereja St Anne

KIMANIS – Sebagai tanda sokongan kepada usaha pembinaan semula Gereja St Anne, Penampang Baru, lebih 1,000 peserta menyertai larian amal ‘Run for Hope’, baru-baru ini.

Acara larian berkenaan diinspirasikan Monsignor Fr Nicholas Stephen yang menjadi tulang belakang usaha kebajikan ini dan dikenali sebagai ‘Nuhu Dolorosa de Kamijan Trail Run 2.0’.

Pengerusi penganjur larian, Jessel Kamijan berkata, edisi kedua larian ini bertujuan mengumpul dana untuk Gereja St Anne yang kini mempunyai bilangan jemaah yang semakin bertambah.

“Gereja itu tidak lagi dapat menampung jumlah jemaah untuk sesi misa atau ibadat pada hari Ahad.

“Oleh itu, kami bekerjasama rapat dengan komuniti setempat untuk menganjurkan larian ini,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Larian amal berkenan yang mempertandingkan tiga kategori jarak larian 7 Kilometer (km), 12km dan 30km disempurnakan Archbishop, Datuk John Wong.

Related Posts

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

TELUK INTAN – Tindakan seorang lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang terhadap seorang wanita membawa padah apabila ditahan polis di Slim River, awal pagi Selasa. Suspek berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyangkal dakwaan berhubung isu keselamatan, kelewatan, beban kos pemilikan serta kemudahan infrastruktur Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang, Dengkil. Timbalan Menteri KPKT,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Lelaki tempatan ditahan, samun wanita, larikan gelang emas

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Pengeluaran pasport sah lebih 10 tahun dihentikan serta-merta

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei