Tindakan pantas Maritim Kudat selamat nyawa remaja

KUDAT – Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat berjaya menyelamatkan nyawa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mengalami sesak nafas di Pulau Banggi , pada Rabu.

Mangsa, Anisa Aman Shah sebelum itu menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Karakit namhn keadaannya semakin serius dan memerlukan rawatan segera di Hospital Kudat.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, sebaik menerima panggilN daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan berkenaan, misi bantuan pemindahan perubatan atau Medical Evacuation (MEDEVAC) itu kemudian dilaksanakan.

“Bot CENDERAWASIH 10 digerakkan segera untuk membawa pesakit dari Jeti Karakit ke Jeti Marina, Kudat.

“Pesakit turut diiringi bapanya dan seorang kakitangan kesihatan sepanjang perjalanan,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Menurut Hasbullah, bot itu berjaya tiba di Jeti Marina kira-kira pukul 11.00 malam dan pesakit kemudiannya dipindahkan ke Ambulan untuk mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kudat.

Hasbullah turut menegaskan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam membantu komuniti maritim yang berada di kawasan kepulauan yang sukar diakses dengan pengangkutan darat.

“Kami sentiasa bersedia memberikan bantuan terutamanya dalam situasi kecemasan melibatkan nyawa dan ini adalah sebahagian daripada peranan kemanusiaan Maritim Malaysia.

Justeru, beliau menyeru orang awam yang menyaksikan sebarang kejadian kecemasan atau insiden di laut menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088- 611858 atau 999 untuk tindakan.

Related Posts

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis