Agong berkenan terima mengadap MB dan pegawai kerajaan Johor

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghaz serta beberapa pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi mengadap telah berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Ia turut disertai oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pembangunan), Datuk Asman Shah Abd. Rahman dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali.

Pertemuan itu sekaligus mencerminkan hubungan erat antara Kerajaan Negeri Johor dengan Seri Paduka Baginda serta keprihatinan Baginda terhadap urusan pentadbiran negeri dan kesejahteraan rakyat Johor.

Related Posts

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis