2 maut nahas bas persiaran, dua lori

BATU PAHAT – Dua maut manakala 16 cedera selepas bas persiaran membawa 45 penumpang terbabit dalam kemalangan dengan dua lori di Kilometer 80.7, Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan berhampiran Ayer Hitam, di sini, malam tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku jam 12.30 tengah malam dengan kedua-dua mangsa maut adalah penumpang bas warga Indonesia.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Md Isa Masngun berkata, mangsa dikenali sebagai Hidirman, 43 dan Zuhadi 44.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 12.44 tengah malam sebelum menggerakkan tujuh anggota ke lokasi.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kami dapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah bas persiaran dan dua buah lori.

“Terdapat dua mangsa iaitu penumpang bas tersepit dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan, manakala 16 lagi iaitu penumpang dan pemandu bas cedera,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, 28 penumpang lagi dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Pemandu lori tunda, lelaki berusia 42 tahun dan lori tangki, 33 tahun juga terselamat dalam kejadian itu,” katanya.

Related Posts

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dengan kesan kecederaan di bahagian betis dipercayai akibat ditikam di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli