Pembinaan Kota MADANI bukan pembaziran, tidak guna wang rakyat

PEMBINAAN Kota MADANI tidak melibatkan wang rakyat tetapi ia ditanggung sepenuhnya oleh pemaju, kata Dr Taufiq Johari.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menegaskan, Kota MADANI bukan sekadar projek fizikal tetapi sebahagian daripada rangka pembangunan bersepadu.

“Kota MADANI adalah pelaburan strategik, bukan pembaziran. Kita perlu berani membina masa depan, bukan sekadar mengekalkan status quo.

“Justeru, kerajaan kekal komited untuk membela rakyat, memperkukuh ekonomi, dan membangunkan negara dengan hala tuju yang lestari dan inklusif,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Taufiq berkata, Kerajaan MADANI tidak membina mercu tanda semata-mata, sebaliknya menyediakan ekosistem ekonomi baharu yang memberi manfaat jangka panjang.

“Projek Kota MADANI yang dirancang kerajaan bukanlah projek elitis seperti didakwa Pemuda Pas, sebaliknya ia adalah pelaburan strategik masa hadapan.

“Kerajaan Malaysia MADANI tidak mahu mengulangi kegagalan seperti yang berlaku di Kedah dan Kelantan di bawah pentadbiran Pas, yang mengumumkan pelaburan tetapi gagal melaksanakannya, tidak menyediakan asas ekonomi kukuh untuk menarik pelaburan sebenar dan mengabaikan infrastruktur asas yang menjadi asas pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Pemuda Pas melahirkan rasa kesal dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan projek mega pembinaan Kota MADANI bernilai RM4 bilion ketika kehidupan rakyat masih lagi terhimpit.

Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, mereka menuntut supaya kerajaan menjelaskan kepada rakyat apakah kos sebenar projek Kota MADANI.

Sementara itu, Taufiq berkata, penglibatan anak syarikat Petronas pula adalah sebahagian daripada strategi komersial syarikat, bukan paksaan politik.

Katanya, kerajaan sentiasa menjaga kepentingan Petronas sebagai syarikat milik negara yang berintegriti dan tidak sesekali menjadikan Petronas sebagai ‘ATM politik’ seperti yang didakwa.

“Kerajaan MADANI sentiasa meletakkan keutamaan rakyat di posisi tertinggi. Tuduhan bahawa kerajaan mengabaikan pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat adalah tidak tepat.

“Belanjawan 2025 membuktikan keutamaan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat melalui peningkatan Peruntukan Pendidikan; Lebih RM58 bilion (peningkatan berbanding tahun lalu). Peruntukan kesihatan turut meningkat lebih RM41 bilion dan Bantuan tunai terus (STR, SARA) turut dinaikkan bagi meringankan kos sara hidup rakyat. Kerajaan bekerja secara seimbang membela rakyat marhaen, melaksanakan reformasi fiskal, dan pada masa sama melabur untuk masa depan negara,” katanya.

Related Posts

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk