Patriotisme diperkukuh, CIMIC satukan tentera, komuniti

TAWAU – Pendekatan Civil-Military Cooperation (CIMIC) menjadi medan meningkatkan semangat cintakan negara dan kerjasama antara tentera bersama dengan komuniti setempat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha ini merupakan aspirasi yang telah dibawa dalam Kertas Putih Pertahanan yang menggariskan bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama melibatkan semua lapisan masyarakat dan agensi kerajaan melalui prinsip Whole of Government Whole of Society (WOGOS).

“Dalam memastikan soal keselamatan negara, walaupun tanggungjawab ada pada ATM, tetapi wajar keberkesananannya dijayakan dengan penyertaan serta sumbangan masyarakat.

“Bagi mencapai hubungan tentera dan masyarakat berkenaan, banyak program dibuat antaranya menerusi CIMIC, program jiwa murni dan juga program keagamaan oleh Kor Agama Angkatan Tentera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas merasmikan Karnival CIMIC 2025 di Kompleks Sukan Tawau, pada Ahad.

Terdahulu semasa berucap, Khaled berkata, negara hari ini juga berdepan dengan ancaman bukan tradisional seperti ancaman siber yang memerlukan pendekatan menyeluruh masyarakat.

“Kita sedar masyarakat barisan pertama bukan sahaja berdepan ancaman, tapi turut mengesan ancaman.

“Merekalah mata dan telinga yang beroeranan melapor aktiviti mencurigakan, membantu tugas dan operasi dijalankan anggota tentera,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap agar masyarakat terus memupuk nilai patriotik dan cinta pada tanah air lalu menterjemahkannya dengan bersama-sama memastikan negara terus aman dan makmur.

Difahamkan, Khaled turut merasmikan Masjid Al-Ikhlas Kampung Pasir Putih Asli yang telah dibaik pulih secara bersama oleh penduduk kariah dan anggota tentera dari 5 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (5 RAJD) bermula sejak 16 Jun lepas.

Aktiviti itu antara program Projek Jiwa Murni bagi mendukung pendekatan CIMIC iaitu peruntukan pembaikannya daripada Kementerian Pertahanan yang meliputi kerja pembaikan dan penyelenggaraan tandas, elektrik, pembersihan kawasan, mengecat baharu masjid dan pemasangan ‘awning’.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit