Hospital Pasir Gudang bakal beroperasi Ogos ini

PASIR GUDANG – Kesesakan teruk dialami dua buah hospital di daerah ini dijangka dapat dikurangkan melalui pengoperasian Hospital Pasir Gudang (HPG), Ogos nanti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, HPG yang terletak di Bandar Seri Alam bakal beroperasi untuk fasa pertama membabitkan 30 peratus perkhidmatan.

Ia meliputi Jabatan Perubatan Am dan Nefrologi, Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETS), Jabatan Pediatrik, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dan pembedahan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) berharap HPG akan beroperasi secara penuh mulai Julai 2026, membabitkan lebih 1,800 kakitangan dan ini akan mengurangkan bebanan dan tekanan kepada HSA dan HSI.

“Pakar-pakar kita pun sudah mula mengambil penempatan di sini khususnya jabatan utama sebagai persiapan mula beroperasi 1 Ogos nanti,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Suriani Ahmad; Ketua Pengarah JKR, Datuk Roslan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon dan Pegerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

HPG yang berkeluasan 20.6 hektar dilengkapi dengan 304 buah katil dan 14 perkhidmatan pakar.

Antara fasiliti HPG termasuklah 36 unit blok kuarters kakitangan mengandungi Kelas G; 50 unit blok asrama jururawat selain sebanyak 1,507 lot parkir kereta, 320 lot tempat letak motosikal dan 32 lot tempat letak kereta OKU.

Mengulas cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah (HSA) 2 bagi mengurangkan kesesakan kritikal HSA, Dr Dzulkefly memaklumkan kerja awalan sudah dimulakan.

“KKM ingin maklumkan bahawa kerja awalan HSA 2 sedang giat dilaksanakan ketika ini. Maklumat lanjut akan dikongsikan apabila ia mencapai peringkat seterusnya,” katanya.

Bulan lalu, projek pembinaan HSA 2 dilaporkan kini dalam fasa akhir penyediaan kertas kerja, sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk perbincangan lanjut dan kelulusan pelaksanaan.

Tian Soon dilaporkan berkata, kemajuan itu dicapai selepas semua isu berkaitan pemilikan tanah dan kerja awalan diselesaikan sepenuhnya dengan kertas kerja dijangka diselesaikan, bulan lalu.

Tapak pembinaan hospital berkenaan dikenal pasti membabitkan sebahagian tanah milik Kementerian Pertahanan di Skudai dan telah diberikan kebenaran untuk dimajukan pembinaan HSA 2.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini meluluskan peruntukan bagi kerja awalan melalui pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan