Ribut landa Temerloh, puluhan rumah rosak

TEMERLOH – Berpuluh rumah rosak selepas ribut melanda beberapa kampung di sekitar daerah ini, petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa kereta turut rosak dihempap pokok tumbang.

Menurutnya, kawasan teruk terkesan dalam kejadian ribut itu ialah di Mukim Semantan Satu, Mentakab Satu, Mentakab Dua dan Bangau.

“Sehingga kini beberapa rumah dilaporkan rosak khususnya di bahagian bumbung dan pokok tumbang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan perumahan.” katanya.

Che Adam berkata, sehingga kini APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Temerloh sedang membuat bancian kerosakan untuk menghulurkan bantuan segera.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian ribut itu kali kedua berlaku di Temerloh bulan ini selepas kejadian pertama 10 Jun lalu menyebabkan lebih 120 rumah rosak.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti