Lelaki maut, motosikal bertembung kereta

JELI – Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Batu 10, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di sini, tengah hari semalam.

Mangsa berusia 33 tahun, beralamat di Jertih, Terengganu, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan, Hospital Jeli.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, kejadian berlaku pada jam 12.50 tengah hari melibatkan motosikal jenis Kawasaki ZX1000 serta kereta jenis Honda City 1.5.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati motosikal berkenaan datang dari arah Gerik menghala ke Jeli, manakala kereta pula dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal tersebut hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang sedang melalui laluan itu dari arah Jeli ke Gerik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat kemalangan tersebut.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

KUCHING – Inisiatif penyasaran subsidi individu melalui program BUDI Diesel yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan (MoF) terus mendapat maklum balas positif daripada pengguna di bandar raya ini.   Rata-rata pengguna…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti