Jawatan tentera: Jangan ulas ikut fahaman politik dan kaca mata kaum – Saifuddin

BALING – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan semua pihak agar tidak mengulas semua perkara mengikut fahaman politik dan kaca mata perkauman termasuk melibatkan jawatan-jawatan dalam bidang ketenteraan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua keputusan dibuat berdasarkan merit, disiplin dan melalui proses yang panjang khususnya melibatkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau yang pernah bertugas di Kementerian Pertahanan berkata, keadaan yang berlaku ketika ini tidak terjadi ketika era 90-an di mana semua pegawai yang dilantik ketika itu bekerja dengan penuh harmoni tanpa mengira kaum dan latar belakang.

“Baru-baru ini apabila timbul seorang (individu) naik pangkat dapat dua bintang timbul pula kenyataan spekulatif, gambarannya adalah kalau keadaan sekarang ini berterusan maka dikait pula suatu hari nanti Perdana Menteri Malaysia pun (berbangsa) Cina.

“Jadi keadaan ini yang cuba kita elak dalam Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, tidak semua perkara kita kena ulas dari kaca mata perkauman, lebih-lebih lagi institusi ketenteraan, mereka lebih tahu proses naik pangkat, ada Majlis Angkatan Tentera, tapisan dan macam-macam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Empangan Sabo Kampung Iboi di Kupang, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim membidas Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad, yang mempertikai pelantikan Datuk Johny Lim Kean Seng sebagai Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, kenyataan dibuat Zaharuddin dianggap menghina kebijaksanaan pihak ATM dan Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, yang memperkenan pelantikan Johny Lim ke jawatan itu.

Sementara itu, Saifuddin menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang memberi peringatan jangan ada pihak bersifat ‘menunggang agama’ iaitu mempergunakan agama untuk kepentingan politik.

Jelasnya, titah sempena Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah turut menzahirkan pandangan agar tiada pihak yang cuba memecah belahkan perpaduan kaum di Malaysia yang mana ianya amat berbeza dengan penghayatan agama Islam itu sendiri.

End.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1