Cadangan penambahbaikan lalu lintas di Lahad Datu akan diperhalusi – MDLD

LAHAD DATU – Cadangan penambahbaikan lalu lintas termasuk membuka laluan pusingan U berhampiran lampu isyarat di Petronas Segama akan diperhalusi bersama jabatan dan agensi berkaitan, kata Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD), Jackley Gielbert@Lontou.

Katanya, setiap cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Majlis Daerah (AMD) menerusi Jawatankuasa Kecil Peredaran Lalu Lintas MDLD disambut baik kerana bertujuan mempertingkat keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Difahamkan, cadangan pembukaan laluan pusingan U itu bertujuan memudahkan kenderaan ringan membuat pusingan ke arah Sekolah Menengah Cina (SMC).

Selain itu, antara cadangan lain yang dibangkitkan termasuklah penyediaan parkir serong di kawasan Pasar Ikan Lahad Datu bagi mengatasi masalah ‘double park’ selain penyelesaian jangka pendek meratakan jalan yang mendap berhampiran lampu isyarat Jalan Lahad Datu–Tawau, berdekatan simpang ke SMC.

“Perkara ini akan dibincangkan dan diperhalusi lagi, apapun keputusan nanti, saya percaya ia adalah yang terbaik untuk masyarakat.

“Lagipun cadangan-cadangan ini memberi manfaat kepada warga Lahad Datu, khususnya dalam aspek keselamatan dan keselesaan,” katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat bersama AMD dan Jawatankuasa Kecil Peredaran Lalu Lintas MDLD di pejabat MDLD, pada Khamis.

Jackley turut memuji komitmen jawatankuasa lalu lintas MDLD dan AMD yang sentiasa proaktif dalam usaha menambah baik infrastruktur daerah.

“Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi?.

“Inilah barisan hadapan yang mendepankan kepentingan masyarakat.

“Sekurang-kurangnya kita telah berusaha menyelesaikan isu-isu yang timbul,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Peredaran Lalu Lintas MDLD, Apas Nawawie Saking turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan Jackley terhadap inisiatif mempertingkat kemudahan awam.

“Sebagai contoh, MDLD telah memasang lapan unit lampu solar dan menggantikan jaring tenis di gelanggang Taman Fajar demi keselesaan pengguna,” katanya.

Terdahulu, Apas bersama beberapa Ahli Majlis turut meninjau beberapa kawasan parkir yang telah dinaik taraf, antaranya di Lorong Tabanak 2, Jalan Tabanak, Jalan Cempaka dan Lorong Fajar 4.

Kesemua parkir ini kini dalam keadaan parkir serong berbanding parkir tegak lurus dan parkir paralel sebelum ini.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM