Lelaki maut kereta bertembung treler

PORT DICKSON – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya gagal memotong di garisan berkembar lalu bertembung sebuah treler sarat dengan muatan lebih 900 tong gas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 13, Jalan Lukut-Sepang, petang semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 51 tahun memandu kereta jenis Proton Wira itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, insiden membabitkan kenderaan mangsa, treler dan sebuah lagi kereta jenis Proton Saga itu mengakibatkantrafik sesak hampir tiga jam.

Beliau berkata, ia berikutan tong gas yang dibawa treler itu jatuh berselerakan di atas jalan raya akibat kemalangan berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira itu cuba memotong sebuah lagi kenderaan lain di garisan berkembar.

“Namun, Proton Wira itu dipercayai tidak sempat memotong lalu bertembung sebuah treler dari arah bertentangan,” katanya kepada Berita Harian.

Maslan berkata, treler itu dikatakan cuba mengelak ke bahu jalan tetapi perlanggaran tetap berlaku.

“Akibatnya, treler itu terbalik dan muatan tong gas yang dibawa jatuh ke atas jalan raya, termasuk mengenai sebuah Proton Saga.

“Kemalangan itu menyebabkan pemandu Proton Wira terbabit maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan kaki.

“Lelaki berusia 44 tahun yang memandu treler itu pula cedera ringan di kepala dan siku kiri, manakala lelaki berumur 35 tahun yang memandu Proton Saga dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar