Tarif elektrik baharu: B40 tak terjejas, pastikan tiada peniaga naikkan harga

PUTRAJAYA – Pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu bermula 1 Julai ini mencerminkan kos pembekalan elektrik yang lebih kompetitif di samping mengekalkan keseimbangan dari segi keterjaminan, kesejahteraan rakyat dan kelestarian tenaga.

Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, polisi baharu itu juga memberi kesan positif terhadap pengurusan subsidi negara yang lebih efisien.

“Pelaksanaan tarif baharu ni tidak menjejaskan kumpulan (majoriti) pengguna domestik. Jadi maknanya kumpulan B40 mungkin tak berapa terjejaslah. Kemudian kumpulan yang lain, industri dan peniaga akan mendapat tarif baharu. Dan itu mungkin akan menaikkan sedikit kos operasi mereka.

“Secara keseluruhannya, ini adalah satu usaha untuk menyelaraskan semula, maknanya kadar supaya peringkat subsidi yang disorokkan itu tidak  akan disalahgunakan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Tenaga (ST) memaklumkan, lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif menerusi pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu yang telah diluluskan kerajaan.

Menurut ST, tarif itu akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 31 Disember 2027 mengikut kerangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), selaras dengan peruntukan Seksyen 26, Akta Bekalan Elektrik 1990.

Suruhanjaya itu memaklumkan perubahan tarif elektrik bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) membabitkan penstrukturan semula tiga komponen iaitu kadar purata tarif asas, jadual tarif baharu dan mekanisme pelarasan kos bahan api.

Pelarasan kadar purata tarif asas ditentukan berdasarkan anggaran kos pembekalan elektrik bagi tempoh RP4, dan ditetapkan pada kadar 45.40 sen/kWj berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada Disember 2024, menjadikan purata kos keseluruhan tarif elektrik berkurangan sehingga 19 peratus berbanding tempoh RP3.

Dalam pada itu, Barjoyai berpandangan, kerajaan perlu berperanan dengan mengambil pelbagai pendekatan dalam memastikan tarif elektrik baharu tidak membawa kesan domino sehingga mampu menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat.

Menurutnya, ini berikutan kenaikan kos operasi akan ditanggung oleh perniagaan, yang berkemungkinan akan memberi kesan negatif kepada pengguna.

“Walaupun peniaga terkesan sedikit dan tidak banyak berubah, terdapat golongan ini dia akan segera menaikkan harga kepada pelanggan bagi memastikan kadar baharu itu tidak akan menjejaskan kos operasi perniagaannya.

“Kerajaan boleh memastikan akan peniaga tidak salah guna peluang dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga. Kalau boleh mereka perlu bertahan terhadap mana sepatutnya mereka tidak begitu terjejas daripada kenaikan tersebut,” katanya.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA