KPDN Perak rampas 720 kilogram minyak peket disorok dalam rumah

IPOH – Tindakan licik seorang lelaki yang menyewa rumah untuk dijadikan stor penyimpanan minyak masak peket berjaya dihidu pihak berkuasa.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, bertindak merampas sebanyak 720 kilogram minyak masak peket bersubsidi dalam serbuan di Teluk Kurin, Buntong pada Isnin.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata operasi itu dilakukan hasil risikan selama seminggu oleh sepasukan pegawai dan penguat kuasa KPDN.

“Sebuah rumah yang dijadikan tempat penyimpanan minyak masak peket telah diserbu.

“Seorang lelaki berusia 27 tahun yang disyaki sebagai penyewa rumah tersebut telah diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Siasatan awal mendapati lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang permit atau lesen sah untuk menyimpan barang kawalan berkenaan.

Turut disita dalam serbuan itu ialah dokumen berkaitan perniagaan, dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1,800.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961(Akta 122) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Dimana memperuntukkan tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang melanggar undang-undang berkaitan barangan kawalan.

“KPDN memberi amaran keras bahawa tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam kegiatan penyelewengan barangan kawalan.

“Pendakwaan di mahkamah akan diambil sebagai langkah tegas,”ujar Kamalludin.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP