68 DUN disantuni libat 6,000 wanita dalam Program Outreach Santuni Wanita

SANDAKAN  – Sebanyak 68 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Sabah disantuni menerusi Program Outreach Santuni Wanita sejak ia dimulakan pada tahun 2021 melibatkan penyertaan hampir 6,000 wanita dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Flovia Ng berkata, program anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dengan kerjasama agensi seperti Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) itu kini memasuki siri terakhir bagi fasa pertama pelaksanaannya yang akan ditutup di DUN Kalabakan pada tahun ini.

“Tahun ini merupakan penutup bagi fasa pertama program yang bermula sejak 2021. 

“Kita tidak akan berhenti di sini, malah merancang memperluaskan lagi pelaksanaan program khas untuk wanita pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Outreach Santuni Wanita ‘Merakyatkan Perkhidmatan Ke Arah Kesejahteraan Wanita” Bagi DUN Elopura dan DUN Tanjong Papat bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Selasa.

Menurut beliau, antara matlamat utama program ini adalah untuk merakyatkan perkhidmatan serta memperkukuh kesejahteraan wanita di Sabah sekali gus mengangkat peranan dan kedudukan wanita dalam masyarakat.

“Dulu wanita sering dianggap sebagai golongan lemah tetapi melalui program seperti ini, kita mahu mereka sedar bahawa mereka juga mempunyai hak dan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan,” jelasnya.

Antara pengisian utama program termasuklah penyediaan khidmat guaman percuma oleh JHEWA bagi membantu wanita mendapatkan nasihat berkaitan isu hak dan perundangan.

“Perkhidmatan guaman biasanya sangat mahal. Jadi, apabila disediakan secara percuma, kita harap wanita merebut peluang ini untuk mendapatkan maklumat dan bantuan yang mereka perlukan,” tambah Flovia.

Program turut menampilkan pameran agensi kerajaan, sesi kaunseling, pemeriksaan kesihatan serta aktiviti komuniti yang menyasarkan kehadiran wanita dari pelbagai latar belakang.

Sementara itu, Pengarah JHEWA Sabah, Haslina Ismail berkata, program hari ini merupakan kawasan DUN ke-68 yang telah disantuni.

“Insya-Allah izin Allah SWT menjelang penghujung Ogos 2025, JHEWA akan berjaya melaksanakan program ini di kesemua 73 kawasan DUN di negeri Sabah,” katanya.

Haslina turut menegaskan bahawa program membawa mesej jelas kepada peserta, khususnya berkaitan tiga isu utama iaitu hak wanita dalam perkahwinan, keganasan rumah tangga dan kesihatan mental isu yang saling berkait rapat dan amat relevan dalam kehidupan seharian.

“Wanita dalam perkahwinan mempunyai hak yang telah ditetapkan bukan sahaja dari sudut agama, malah dari aspek undang-undang. 

“Mereka berhak untuk dihormati, diberi nafkah mencukupi dan diperlakukan dengan adil serta saksama,” katanya.

Jelas beliau, peserta juga boleh berhubung terus dengan JHEWA serta agensi berkaitan termasuk rakan strategik bagi mendapatkan maklumat atau bantuan. 

Selain itu, Pusat Bantuan Guaman Wanita JHEWA turut disediakan secara percuma untuk menyokong wanita dari segi perundangan.

Dalam pada itu, Haslina berkata keganasan rumah tangga yang semakin kerap dilaporkan di media perlu ditangani secara menyeluruh, termasuk melalui pendidikan, sokongan komuniti dan penguatkuasaan undang-undang.

“Keganasan boleh berlaku dalam bentuk fizikal, emosi atau psikologi. Ia bukan sahaja melibatkan pasangan, malah memberi kesan mendalam kepada anak-anak dan generasi akan datang,” katanya.

Tambah beliau, perhatian terhadap kesihatan mental turut diberikan dalam program ini, khususnya dalam konteks institusi kekeluargaan yang semakin mencabar.

“Tekanan hidup, konflik rumah tangga dan trauma akibat penderaan boleh membawa kepada kemurungan serta kecelaruan emosi. Kita perlu wujudkan suasana terbuka dan menyokong segala usaha menangani isu ini tanpa stigma atau diskriminasi,” ujarnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP