UiTM serah polis siasat kakitangan buat hantaran hina institusi diraja

PUTRAJAYA – Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang kakitangannya yang dipercayai membuat hantaran di media sosial berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pelanggaran prinsip hormat-menghormati, khususnya membabitkan institusi diraja, agama, bangsa dan kepimpinan negara.

Tegasnya, individu terbabit kini sedang disiasat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“UiTM memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan dijalankan secara telus dan berlandaskan undang-undang.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak PDRM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“UiTM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pelanggaran etika, disiplin dan perundangan dalam kalangan warga kampus,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, selain mempersenda Institusi Diraja, individu itu turut menggunakan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mempertikaikan pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dengan dakwaan bersifat fitnah dan berunsur politik.

Shahrin berkata, UiTM turut mengingatkan seluruh warga universiti agar sentiasa bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial serta mematuhi undang-undang negara dan memelihara keharmonian masyarakat serta imej institusi.

“Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam berteraskan nilai integriti, profesionalisme dan patriotisme, UiTM menegaskan komitmennya mempertahankan maruah universiti dan tidak akan berkompromi terhadap tindakan yang mencemarkan nama baik institusi, institusi diraja mahupun negara,” katanya.

Related Posts

5,000 pelarian Rohingya bakal dihantar pulang, KDN mula proses dokumentasi

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan menjalankan tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan untuk menghantar pulang 5,000 warga Myanmar susulan persetujuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, LLM tangani ‘blind spot’ internet di lebuh raya melalui 77 menara baharu

CYBERJAYA – Sebanyak 77 menara telekomunikasi baharu akan dibina di sepanjang lebuh raya di seluruh negara bagi menambah baik liputan internet di kawasan yang dikenal pasti mengalami masalah isyarat, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan