SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah, disyaki terima rasuah RM150,000

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 berkaitan permohonan lesen cari gali di negeri ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu yang juga merupakan seorang Pembantu Menteri, ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Suspek dipercayai terlibat dalam perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024.

“Siasatan awal mendapati beliau disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang individu berpangkat Datuk bagi tujuan membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di Sabah,” kata sumber berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek telah dibebaskan selepas keterangannya diambil dengan jaminan sebanyak RM50,000 tanpa deposit dan seorang penjamin.

“Suspek akan didakwa dalam masa terdekat,” katanya.

Related Posts

Netizen kagum PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Netizen kagum PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen kagum PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat