Komunikasi mesra rakyat Kerajaan MADANI pacu pemerkasaan komuniti 

SANDAKAN – Pendekatan komunikasi yang inklusif dan mesra rakyat di bawah Kerajaan MADANI terus menjadi pemangkin utama dalam usaha memperkasa komuniti serta mengukuhkan jalinan antara rakyat dan pemimpin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, ia sejajar dengan aspirasi membentuk masyarakat berilmu, inklusif dan sejahtera.

“Inisiatif seperti Program MADANI Rakyat dan ‘Sembang Komuniti Sama YB’ mencerminkan komitmen kerajaan dalam mengangkat suara rakyat serta menyampaikan dasar secara lebih dekat dan berkesan.

“Kerajaan MADANI bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan fizikal, tetapi turut menekankan pentingnya pembangunan insan termasuk pendidikan digital, literasi maklumat dan pemberdayaan akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan ‘Program Petang Bah: Sembang Komuniti Sama YB’ di Gelanggang Futsal Kampung (Kg) Sim-Sim, di sini, pada Ahad. 

Dalam pada itu, Poon menyeru masyarakat Kg Sim-Sim agar meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan awam dengan mengetahui nombor kecemasan, lokasi Balai Polis dan Balai Bomba.

“Kawasan di Sabah ini dekat dengan sempadan perairan antarabangsa khususnya Filipina, menjadikannya berisiko terhadap aktiviti rentas sempadan yang tidak sah seperti penyeludupan, kemasukan PATI dan ancaman pencerobohan bersenjata. 

“Jika ternampak perkara yang mencurigakan, segera melaporkannya kepada pihak berwajib termasuk Pengerusi Kampung atau Polis Komuniti,” ujarnya. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop memuji semangat kejiranan, daya tahan dan keaktifan masyarakat Kg Sim-Sim.

“Dari program rukun tetangga, gotong-royong hingga ke forum digital dan keselamatan, ini adalah cerminan komuniti MADANI yang progresif.

“Saya melihat komuniti ini bukan hanya sebagai penerima dasar, tetapi sebagai rakan strategik dalam menjayakan pembangunan negara,” ujarnya. 

‘Program Petang Bah: Sembang Komuniti Sama YB’ berkenaan menyaksikan ceramah Internet Selamat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), ceramah bebas dadah oleh AADK, sukan rakyat dan demonstrasi pertolongan cemas daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

Dapur Sepanggar himpun resipi tradisional masyarakat pelbagai etnik

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

KIBAR bawa inisiatif kerajaan terus ke akar umbi – Mordi

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

Penunggang motosikal catat 70.18 peratus kematian jalan raya di Selangor

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

48 mangsa banjir dipindah ke kawasan selamat

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan

BN sokong Anwar hingga hujung penggal, tapi mahu tawan Negeri Sembilan