Perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 bukti demokrasi Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang disertai lebih 500 mahasiswa dan anak muda menjadi simbol keberanian generasi baharu menuntut ketelusan serta integriti pentadbiran di Sabah.

Perhimpunan itu mencerminkan keterbukaan Kerajaan MADANI terhadap suara rakyat dalam kerangka demokrasi, apabila mahasiswa dan aktivis belia berani turun ke jalanan menyuarakan tuntutan mereka secara terbuka.

Bermula dari Suria Sabah hingga ke Lintasan Deasoka, peserta berarak dalam keadaan hujan sebagai lambang keteguhan rakyat menolak rasuah dan menuntut penyelesaian segera terhadap krisis bekalan air yang berlarutan.

Sepanjang perarakan, peserta melaungkan slogan seperti ‘Hidup Rakyat’, ‘Tolak Perasuah’, ‘Bangkit Rakyat Sabah’ dan ‘Mana Air’, sebagai bentuk protes terhadap kegagalan pengurusan sumber negeri.

Antara plakad dan sepanduk yang dibawa termasuk mesej seperti ‘Pemuda pemudi semua, marilah bangun bersatu semua’, ‘Mahasiswa melawan, Menteri ketakutan’, ‘Kenyang makan rasuah’ dan ‘Air tiada, yang ada cuma Air mata’, yang menggambarkan rasa kecewa mereka terhadap isu yang berlarutan sekian lama.

Presiden Suara Mahasiswa Sabah, Fadhil Kasim berkata, mahasiswa menuntut UMS menyaman Jabatan Air Sabah, menolak alasan ‘Goverment to Goverment’ serta mendesak SPRM diberi autonomi penuh dengan pelantikan ketua secara dwipartisan.

Perhimpunan berlangsung secara aman walaupun dalam keadaan hujan, namun sedikit ketegangan berlaku apabila beberapa individu luar membawa sepanduk yang mendakwa mahasiswa dibayar untuk menyertai himpunan.

Himpunan ini dijadualkan berakhir pada 22 Jun dengan pelbagai program susulan termasuk Malam Galau, wacana ilmu, sesi pidato dan acara simbolik sebagai penutup.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung