Kerajaan Sabah komited perkukuh budaya integriti, tadbir urus cemerlang

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta usaha pencegahan rasuah sebagai asas utama pentadbiran negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah ini penting dalam memastikan Sabah terus ditadbir secara cekap, telus dan berakauntabiliti demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan yang mapan.

“Kerajaan Negeri komited memastikan pengukuhan dan pemerkasaan budaya integriti, tadbir urus baik dan pencegahan rasuah melalui kerjasama strategik dengan mana-mana badan agensi penguat kuasa seperti polis, Jabatan Audit Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu, pada Sabtu.

Menurut Hajiji, nilai integriti dan akauntabiliti bukan sekadar prinsip asas pentadbiran, malah menjadi tunggak utama menjamin kedaulatan, kemakmuran dan kestabilan negeri Sabah.

“Kerajaan Negeri tetap bertekad cemerlang dalam membawa kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat di bawah naungan dan kebijaksanaan Tuan Yang Terutama Tun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, keutamaan kerajaan hari ini adalah untuk memastikan rakyat mendapat manfaat melalui pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jaringan jalan raya, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Hajiji turut mengingatkan setiap pegawai perkhidmatan awam agar melaksanakan tugas dengan ikhlas, jujur dan penuh integriti serta menjadikan rakyat sebagai pelanggan utama sektor awam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Toh Puan Faridah Tussin, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, jemaah menteri negeri serta para kenamaan lain.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung