Kerajaan timbang benar guna Akaun 2 KWSP untuk insurans kesihatan

PUTRAJAYA – Kerajaan mempertimbang untuk membenarkan rakyat menggunakan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai premium bulanan insurans kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata jika dilaksanakan, 16 juta ahli KWSP berpeluang menikmati rawatan hospital swasta menggunakan caruman mereka.

Pendekatan dicadangkan itu diguna pakai beberapa negara lain yang mahu majoriti rakyat mendapat perlindungan insurans sewajarnya.

Ini memandangkan 32 peratus kos penjagaan kesihatan di negara ini, didapati dibayar sendiri pesakit bukan dilindungi insurans.

Bagaimanapun, Dr Dzulkefly menegaskan skim ini hanya diberikan sebagai pilihan dan bukan diwajibkan.

“Satu peratus yang kecil untuk digunakan bagi pembayaran insurans. Mereka tak rasa pun, mereka tak bayar daripada duit poket dia. Ia daripada akaun KWSP.

“Ini cara yang paling baik, jadi akhirnya rakyat kita semua akan mempunyai perlindungan seperti Singapura. Tapi kita tak boleh paksa, ada negara paksa,” katanya kepada TV3.

Tambah Dr Dzulkefly, pilihan wajar diberi kerana terdapat ahli yang mungkin mahukan perlindungan insurans lebih meluas di pasaran.

Skim baharu ini juga berbeza dengan inisiatif i-Lindung yang sedang dilaksana bersama KWSP yang mana perlindungan di bawah skim itu hanya untuk keilatan, penyakit kritikal dan perlindungan hayat.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga bakal memperkenal inisiatif rakan KKM seawal suku ketiga tahun ini.

“Contohnya hospital di Putrajaya, Cyberjaya mereka ada cabang wad yang ada kapasiti yang tidak diguna pun… kadang kala ada bilik bedah yang tidak digunakan sebab tidak ada cukup kakitangan.

“Oleh sebab itu, fasiliti-fasiliti ini yang disebut sebagai lebihan kapasiti,” jelasnya.

Setakat ini, beliau berkata, KKM mendapat kerjasama empat hospital iaitu Hospital Cyberjaya, Hospital Putrajaya, Hospital Serdang dan Institut Kanser Negara.

Related Posts

Akta Sewa Beli 2026 berkuat kuasa esok, 11 institusi kewangan tawar pembiayaan baharu

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 entiti institusikewangan dan syarikat penyedia sewa beli telah bersedia sepenuhnya dan akan menawarkan pinjaman sewa beli berdasarkan pindaan peruntukan yang termaktub Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

KUALA LUMPUR – Malaysia mampu menjadi sebuah Kota Baca dalam tempoh 20 tahun akan datang sekiranya agenda memartabatkan budaya ilmu diperkasa menerusi pelbagai inisiatif strategik, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji