Amanah cadang MAIS buat semakan keputusan Mahkamah Persekutuan

PARTI Amanah Negara (Amanah) mencadangkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) membuat permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) membatalkan fatwa yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.

Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, semakan perlu dibuat bagi memastikan isu penyelewengan akidah seperti yang pernah berlaku ke atas Al Arqam dan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISBH) tidak berulang.

“Amanah melihat bahawa kes ini telah diputuskan secara majoriti sama ada di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dan dengan itu wajar serta mempunyai merit untuk disemak semula.

“Amanah turut mencadangkan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat menubuhkan jawatankuasa bersama yang turut disertai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta pihak berkuasa agama bagi mengkaji kesan keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataannya semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata, langkah berkenaan perlu berikutan keputusan tersebut dibuat oleh mahkamah tertinggi dalam negara.

Beliau berkata, Amanah juga mencadangkan supaya pindaan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan agar kuasa pihak berkuasa agama Islam juga terpakai ke atas pertubuhan sama ada persatuan atau syarikat.

“Tindakan ini penting supaya kedudukan agama Islam diperkasakan selaras dengan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan pada Khamis lalu,” ujar beliau.

Mahkamah Persekutuan pada Khamis membenarkan rayuan SIS Forum dalam pertikaian berhubung keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar yang dikeluarkan dan diwartakan 11 tahun lalu.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik