Ziarah pesakit: Antara nilai kemanusiaan dan persepsi politik

AMALAN menziarahi orang sakit merupakan satu nilai budaya dan keperihatinan yang luhur dalam masyarakat Malaysia, merentasi perbezaan agama, kaum dan latar politik. Ia mencerminkan rasa ihsan dan solidariti sesama insan — satu asas penting dalam membina masyarakat yang beradab dan penyayang.

Namun, kunjungan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ke atas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini, mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Kritikan timbul, antaranya daripada anak Tan Sri Hadi sendiri, YB Khalil Abdul Hadi, yang menyuarakan rasa tidak senang atas alasan kononnya gambar ziarah tersebut mencabuli privasi pesakit dan keluarga.

Apa yang perlu diberi perhatian di sini ialah persoalan konsistensi dalam menilai tindakan sedemikian. Pada 29 Jun 2014 dan 12 Januari 2016, Datuk Seri Najib Razak — ketika itu Perdana Menteri — turut menziarahi Tan Sri Hadi Awang di IJN. Lawatan tersebut turut disiarkan secara terbuka oleh media, lengkap dengan gambar serta liputan berita, namun tidak pula menimbulkan reaksi negatif daripada keluarga atau pihak lain.

Persoalannya: Apakah benar isu ini berpunca daripada soal privasi semata-mata, atau ia tercetus kerana perbezaan latar politik Dr Dzulkefly yang suatu ketika dahulu pernah memimpin dalam Pas sebelum beralih ke pentas MADANI?

Ziarah Dr Dzulkefly bukan hanya bersifat peribadi, tetapi juga mewakili solidariti institusi kerajaan terhadap semua rakyat tanpa mengira kedudukan politik. Sebagai Menteri Kesihatan, kehadiran beliau melambangkan keprihatinan terhadap kesejahteraan semua pemimpin nasional, termasuk pembangkang. Gambar yang dimuat naik juga tidak mendedahkan sebarang maklumat sensitif perubatan — hanya sekadar paparan sokongan moral terhadap seorang pesakit.

Masyarakat matang menilai

Dalam dunia yang pantas menghukum berdasarkan sentimen dan persepsi, masyarakat wajar diajak menilai tindakan berdasarkan prinsip dan adab, bukan semata-mata berdasarkan siapa pelakunya. Tafsiran selektif terhadap tindakan yang sama — sekadar kerana pelakunya berlainan parti — hanya akan memundurkan nilai keinsanan yang cuba kita pertahankan.

Menziarahi pesakit adalah lambang ihsan. Ia tidak wajar dijadikan medan perbalahan politik atau dimanipulasi menjadi bahan polemik. Sebaliknya, tindakan seumpama itu perlu diraikan dengan semangat kemanusiaan dan keikhlasan — satu perkara yang perlu kekal melangkaui batas kepartian.

Malaysia memerlukan lebih ramai pemimpin yang mampu menunjukkan teladan empati, bukan sekadar dalam ucapan, tetapi dalam tindakan. Dan masyarakat pula, wajar mendukung usaha membina budaya saling menghormati dan menyokong, tanpa prejudis politik yang memecahbelahkan.

Related Posts

Pantun PMX bukan sekadar madah, isyarat bahtera MADANI kekal teguh

Di sebalik rangkap pantun yang dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook, tersirat satu mesej politik yang jelas iaitu perbezaan pandangan tidak harus diterjemahkan sebagai perpecahan, sebaliknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

Oleh: Hanapi Jusoh SEJAK isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery menjadi perhatian, ada pihak yang terus menuding jari kepada Perdana Menteri (PMX). Tetapi persoalannya, adakah tuduhan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Rundingan tarif dengan AS diteruskan demi kepentingan Malaysia – PM

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

Malaysia tidak akan berganjak daripada dasar larang kemasukan warga Israel

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura

AirBorneo lakar sejarah buka laluan Kuching ke Singapura