Op ADUN: SPRM bakal dakwa tiga individu termasuk dua ADUN

KOTA KINABALU – Tiga individu terdiri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang individu awam bakal didakwa berhubung kes rasuah berkaitan isu pemberian lesen perlombongan.

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ketiga-tiga mereka akan dipanggil ke mahkamah pada bulan ini untuk memberi keterangan.

“Kes ADUN ini saya ingin menyatakan bahawa ada dua suspek daripada pihak ADUN dan seorang orang awam dalam proses untuk kita menjalankan tangkapan dan memberitahu mereka tarikh kena hadir ke mahkamah.

“Jadi tarikh itu saya tidak akan beritahu sehingga proses ini selesai tetapi yakinlah bahawa mereka akan didakwa pada bulan ini, berkemungkinan hujung bulan ini.

“la bergantung kepada tarikh mahkamah yang akan ditetapkan kerana mahkamah rasuah di Sabah ini ada tarikh-tarikh tertentu dan kita sedang mendapatkan tarikhnya daripada mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Teknologi, Pengurusan dan Kelestarian (ICTMS 2025) di UiTM Cawangan Kota Kinabalu, di sini pada Rabu.

Ketika diminta mengulas mengenai kesahihan video yang tular berkaitan kes ini, Azam enggan mengulas lanjut kerana bimbang ia boleh membawa kepada unsur subjudis.

“Yang itu saya tidak boleh bincangkan lagi kerana ia akan menjadi subjudis. Apabila kami menyiasat, kami tidak hanya bergantung kepada bukti itu sama ada ia autentik atau tidak tetapi kami juga perlu bukti lain.

“Keterangan ini bukan sahaja daripada audio, visual ia juga bergantung kepada keterangan daripada manusia daripada manusia sendiri jadi kami perlukan orang untuk bercakap,” ujarnya.

Terdahulu, SPRM melancarkan Op ADUN untuk menyiasat pembabitan ADUN Sabah dalam isu pengeluaran lesen perlombongan.

Ditanya mengenai perancangan sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dikenali sebagai Suara Mahasiswa yang mahu mengadakan perhimpunan aman gempur rasuah, beliau berkata, ia terpulang kepada mereka.

“Ini negara yang bebas mereka boleh mengucapkan apa yang mereka mahu jadi saya tidak ada komen,” ujarnya.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah