Zaidi sumbang RM7,000 pada kontinjen MSSD Kota Marudu

KOTA MARUDU – Kontinjen Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Kota Marudu menerima sumbangan sebanyak RM7,000 daripada Ketua Cabang PKR Kota Marudu, Zaidi Jatil.

Zaidi berkata sumbangan itu diharap mampu membantu mempermudahkan urusan para guru dan atlet ke Sukan Sekolah Peringkat Negeri Sabah di Tambunan, minggu depan.

“Saya amat kagum melihat prestasi sukan di Daerah ini, walaupun fasiliti yang kurang memuaskan namun kita mampu bersaing dengan baik,” katanya kepada media pada MSSD kali Ke-51, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandau di sini pada baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zaidi yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menzahirkan penghargaan atas sumbangan Penolong Pegawai Pendidikan Unit Sukan dan Bakat Murid, Cikgu Rizal Osman yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan di peringkat sekolah Kota Marudu.

Beliau turut menyatakan tahniah kepada Cikgu Izzat Fahim Ibrahim atas kejayaan meraih Top 5 Teacher Rise Award baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar semua pihak menyokong penuh pembangunan sukan akar umbi yang bukan sahaja demi piala dan pingat, tetapi demi masa depan anak-anak kita.

“Kejayaan setiap atlet itu sudah pasti ada seorang guru yang hebat dibelakang yang tidak kenal erti penat dan terus membimbing mereka untuk berjaya.

“Saya menyeru agar sektor pendidikan Kota Marudu terus memberi keutamaan kepada pembangunan sukan, bukan sebagai aktiviti sampingan tetapi sebagai sebahagian daripada pembinaan modal insan holistik,” katanya.

Jelas Zaidi, sukan juga mampu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan komuniti selain wadah membentuk sahsiah, disiplin dan ketahanan mental.  

“Kita melihat pelajar dari pelbagai kaum, sekolah dan latar belakang datang bersama sebagai satu keluarga besar dan mereka belajar mematuhi peraturan serta hargai rakan sepasukan.

“Saya yakin dan percaya, dengan semangat yang ada, Kota Marudu mampu melahirkan atlet untuk negeri dan negara,” ujarnya.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan