SADA, UKAS perkukuh promosi pembangunan Sri Aman

SRI AMAN – Sri Aman Development Agency (SADA) terus memperkukuh peranannya sebagai pemangkin pembangunan di wilayah ini menerusi kerjasama strategik bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Karim dan Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, menghadiri sesi rakaman dan temu bual khas bertajuk “Menelusuri Peranan SADA dalam Mentransformasi Pembangunan Sri Aman” yang dijadual disiarkan pada Rabu, 18 Jun ini menerusi saluran YouTube rasmi UKAS.

Dalam sesi itu, Rohani menzahirkan penghargaan kepada Pengarah UKAS Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Redzuan atas jemputan yang diberikan, dan menyifatkannya sebagai platform penting untuk memperkenalkan SADA kepada masyarakat setempat dan luar.

“UKAS memainkan peranan besar dalam menyebarkan maklumat berkaitan program dan inisiatif pembangunan di Sri Aman, termasuk penganjuran Pesta Benak. Diharapkan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama,” katanya.

Sementara itu, Mahra yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu SADA, menyatakan komitmennya dalam menjayakan aspirasi pembangunan wilayah tersebut, selaras dengan hala tuju Sri Aman Masterplan 2020-2030 dan SADA Development Plan 2021-2030, sejajar matlamat Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Kerjasama strategik antara SADA dengan UKAS diyakini mampu memberi impak positif terhadap pembangunan pesat Bahagian Sri Aman serta meningkatkan kesedaran awam tentang peranan penting SADA dalam mentransformasi kawasan tersebut.

Turut hadir Pegawai Tadbir Khas SADA, Alfred Geling Ason; Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pemantauan dan Pembangunan Masyarakat UKAS, Anwar Hanafi Ardimansyah; Pegawai UKAS Bahagian Sri Aman, Zaidil Ripin serta pegawai-pegawai UKAS dan sekretariat SADA.

Related Posts

Mangsa kebakaran Kampung Numbak terima RM3,000

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri mengumumkan bantuan keseluruhan RM3,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Numbak. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang bersedia meneliti bentuk bantuan yang bersesuaian kepada keluarga dua pendaki dari negeri itu yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Langtang Valley, Nepal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Sanusi maki PMX, judi dapat perhatian Mufti Perlis

Isu Sanusi maki PMX, judi dapat perhatian Mufti Perlis

Mangsa kebakaran Kampung Numbak terima RM3,000

Mangsa kebakaran Kampung Numbak terima RM3,000

Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026

  • By Aden
  • August 31, 2026
Anwar ‘salut’ kepada petugas, rakyat jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2026

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Pulau Pinang teliti sumbangan untuk keluarga dua pendaki hilang di Nepal

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Momen mesra Anwar bersama bayi raih reaksi positif pengguna media sosial

Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
Enam ikhtiar kerajaan berpotensi beri impak kepada rakyat Sabah