Kerjasama tenaga ASEAN-Rusia terus diperkukuhkan 

KUCHING – Hubungan tenaga antara ASEAN dengan Rusia terus diperhebat melalui Mesyuarat Konsultasi Pegawai Kanan ASEAN-Rusia ke-16 (16th SOME-Russia) yang berlangsung pada Selasa di Hotel Sheraton, Kuching.

Malaysia selaku Pengerusi SOME 2025 mengetuai mesyuarat yang turut disertai semua negara anggota ASEAN serta Timor-Leste sebagai pemerhati, dengan kerjasama erat bersama Delegasi Persekutuan Rusia.

Tumpuan utama mesyuarat adalah pembentangan hala tuju kerjasama tenaga serantau dan kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan ASEAN-Rusia dalam sektor tenaga, termasuk agenda peralihan kepada tenaga mampan.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pelancaran inisiatif ASEAN–Russia Capacity Building on Energy Statistics (ARCS) oleh Agensi Tenaga Rusia (REA) bersama Pusat Tenaga ASEAN (ACE). 

Inisiatif ini dilihat mampu memperkukuh kapasiti negara-negara ASEAN dalam pembangunan data dan statistik tenaga, seterusnya meningkatkan ketelusan dan keberkesanan dasar tenaga serantau.

“Projek ARCS akan menjadi platform strategik untuk memperkukuh pemahaman bersama dan mempertingkat keupayaan teknikal negara-negara anggota dalam bidang tenaga,” menurut kenyataan bersama REA dan ACE.

Delegasi Rusia turut membentangkan kemajuan dasar dan teknologi tenaga mereka termasuk pembangunan tenaga boleh diperbaharui, arang batu bersih, tenaga nuklear untuk tujuan aman, serta teknologi rendah karbon.

Mesyuarat juga membincangkan cadangan projek GASFORCE-ASEAN, peluasan penggunaan gas asli di ASEAN, serta pengemaskinian Kajian Pelan Induk Paip Gas Trans-ASEAN (TAGP), dengan penglibatan aktif ASEAN Council on Petroleum (ASCOPE).

Menjelang penutupan mesyuarat, Rusia membentangkan draf awal Pelan Kerja Kerjasama Tenaga ASEAN-Rusia 2026–2028 yang akan diperhalusi dan dibincang lanjut oleh negara anggota sebelum diluluskan secara rasmi.

Filipina turut diumumkan sebagai tuan rumah kepada Mesyuarat SOME-Rusia ke-17 yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2026.

Majlis ditamatkan dengan sesi bergambar rasmi melibatkan delegasi ASEAN, Rusia dan Timor-Leste, menandakan komitmen bersama ke arah masa depan tenaga yang lebih mampan dan strategik untuk rantau Asia-Pasifik.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat sektor kesihatan sebagai strategi ekonomi negara, bukan sekadar soal rawatan, berikutan peningkatan jumlah penduduk warga emas dan kos perubatan semakin tinggi. Timbalan Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan