SOME ke-43 kukuh kerjasama tenaga serantau, Sarawak muncul pemacu agenda tenaga ASEAN

KUCHING – Sarawak menjadi tumpuan serantau apabila lebih 250 delegasi dari negara-negara ASEAN serta rakan dialog antarabangsa berhimpun bagi menghadiri Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga (SOME) ke-43 dan Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung dari 16 hingga 18 Jun 2025 di Hotel Sheraton, Kuching.

Mesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Transformasi Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, bertujuan memperkukuh kerjasama dasar tenaga serantau dalam merealisasikan peralihan tenaga yang mampan.

Kesemua 10 negara anggota ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menyertai mesyuarat ini bersama-sama Timor-Leste selaku pemerhati. 

Turut hadir ialah wakil Sekretariat ASEAN, Pusat Tenaga ASEAN (ACE), serta rakan dialog seperti China, Korea Selatan, Jepun, Rusia dan Amerika Syarikat.

Organisasi antarabangsa yang turut serta termasuk Agensi Tenaga Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia.

SOME Ke-43 memberi fokus kepada pelaksanaan serta semakan kemajuan Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC), di samping menyediakan hala tuju strategik menjelang Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) pada Oktober 2025.

Antara hasil utama yang dijangka ialah pengemaskinian pelan tindakan APAEC, cadangan dasar berkaitan keselamatan tenaga serantau, pembiayaan tenaga boleh diperbaharui serta integrasi grid elektrik ASEAN. 

Turut menjadi keutamaan ialah pemuktamadan dokumen dasar APAEC, pengukuhan Memorandum Persefahaman Grid Kuasa ASEAN (APG Enhanced MoU) dan sokongan terhadap Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN (APSA).

Pemilihan Sarawak sebagai lokasi penganjuran mencerminkan keyakinan ASEAN terhadap potensi negeri ini dalam menerajui agenda tenaga hijau serantau, khususnya melalui inisiatif tenaga hidro, pembangunan hidrogen hijau dan projek grid kuasa rentas sempadan.

Mesyuarat ini menjadi medan penting mencapai konsensus serantau berhubung pembiayaan peralihan tenaga, pembangunan grid kuasa ASEAN dan strategi merealisasikan sasaran tenaga boleh diperbaharui menjelang 2025. 

Sarawak dijangka terus memainkan peranan utama dalam kerjasama tenaga merentas sempadan melalui ASEAN Power Grid (APG), selari dengan aspirasi negeri menjadi hab tenaga bersih serantau.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP