Iran beri amaran penduduk Israel tinggalkan wilayah jajahan sebelum terlambat

ANGKATAN tentera Iran mengeluarkan amaran tegas kepada penduduk Israel agar segera meninggalkan wilayah yang diduduki, susulan serangan balas yang sedang dilancarkan terhadap sasaran strategik di seluruh wilayah berkenaan.

Jurucakap Angkatan Tentera Iran, Kolonel Reza Sayyad menegaskan bahawa wilayah yang kini diduduki Israel ‘tidak akan lagi boleh didiami’ dalam waktu terdekat, berikutan siri serangan yang disasarkan ke atas lokasi sensitif tentera dan keselamatan.

“Amaran kepada anda dalam beberapa hari mendatang: Tinggalkan wilayah yang diduduki kerana ia pasti tidak akan selamat untuk didiami lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad, beberapa jam selepas gelombang serangan baharu dilancarkan oleh Iran ke atas wilayah Israel, lapor IRNA.

Beliau menjelaskan bahawa Iran memiliki pangkalan data yang menyeluruh berkenaan sasaran penting di Israel, termasuk pusat ketenteraan, lokasi keputusan strategik, serta kediaman komander tentera dan saintis pertahanan Israel.

“Kami tegaskan sekali lagi, jangan biarkan rejim penjenayah itu menjadikan anda sebagai perisai manusia,” ujarnya, sambil menambah bahawa perlindungan bawah tanah tidak menjanjikan keselamatan kepada penduduk Israel.

Kolonel Sayyad turut memberi amaran bahawa kegagalan penduduk Israel untuk mematuhi amaran ini akan membawa akibat yang lebih buruk.

Terdahulu, rejim Israel didakwa melancarkan serangan ke dalam wilayah Iran pada awal pagi 13 Jun, termasuk menyasarkan kawasan kediaman awam. Serangan itu mengorbankan beberapa orang awam dan pegawai kanan tentera Iran.

Susulan itu, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei telah melantik barisan baharu komander tentera dan memberi amaran bahawa kehidupan di Israel akan menjadi lebih sukar.

Tidak lama kemudian, Iran melancarkan serangan balas secara besar-besaran ke dalam wilayah Israel, termasuk bandar utama seperti Tel Aviv, Baitulmaqdis dan Haifa. Aktiviti harian di wilayah jajahan kini terhenti sepenuhnya, dengan penduduk Israel dilaporkan menghabiskan masa berhari-hari di tempat perlindungan bawah tanah.

Pihak berkuasa Iran menyatakan bahawa operasi ketenteraan ini akan diteruskan selagi diperlukan. Meskipun Israel mengenakan sekatan maklumat ketat, pelbagai rakaman menunjukkan ketepatan serangan peluru berpandu Iran ke atas sasaran yang dikenal pasti.

Related Posts

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

KUALA LUMPUR – Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa muatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

KUALA LUMPUR – Segala urusan harian rakyat kini lebih mudah apabila pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dihimpunkan dalam satu platform menerusi aplikasi MyGOV Malaysia. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33